Ibu Bapa Kini Lebih Mudah Memantau Obsesi Peranti Anak Dengan Google Family Link

TechnologyDigital
21 Mar 2025 • 4:44 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Zaman sekarang, kanak-kanak berusia bawah 5 tahun pun sudah memiliki peranti pintar. Malah, saya sendiri mengenali ibu bapa yang memberikan tablet Android kepada kanak-kanak berusia 2 tahun. Cara terbaik untuk mengawal obsesi anak-anak ini dengan skrin peranti adalah menggunakan Google Family Link. Kemas kini terbaru menjadikan kawalan ini lebih mudah.

Ibu bapa kini akan melihat masa skrin aktif peranti anak-anak di skrin utama. Apabila ditekan, setiap butiran aplikasi mana yang dibuka dan berada lama ia dibuka akan dipaparkan. Data yang tersedia lebih kurang sama dengan apa yang tetapan sistem bateri atau Digital Wellbeing berikan. Jika ibu bapa rasa anak telah mengambil masa yang sangat lama atau penggunaannya berlebihan berbanding had masa yang dipersetujui, akses kepada aplikasi atau peranti boleh terus dihalang dari jarak jauh.

Ibu bapa turut boleh mengawal dan terus pantau Google Accounts, YouTube, Play Store, Search, Chrome, Location Services dan Photos terus dari dalam Family Link. Jika anda menggunakan Family Link untuk anak atau adik kecil, kemas kini baharu ini pasti membantu.