Ibu Bapa Meninggal Dunia Terlibat Kemalangan Lepas Hantar Anak Daftar Kolej

13 Jul 2023 • 9:18 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Kematian adalah aturan Allah dan kehilangan seseorang yang kita sayang secara mengejut tidak digambarkan dengan kata-kata.

Itu yang dilalui oleh adik Fatin Syafika yang bukan kehilangan seorang tetapi dua individu paling disayangi.

Menurut laporan Utusan, ibu bapanya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dan apa yang lebih menyedihkan, mereka baru sahaja menghantarnya ke kolej.

Kedua-duanya sedang dalam perjalanan pulang dari Kolej Matrikulasi Perak selepas selesai urusan pendaftaran Fatin.

image is not available

Mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 3.5, Jalan Gopeng-Kota Bharu pada petang Isnin lalu selepas kereta yang dipandu hilang kawalan dan terbabas.

Bapanya, Mohd Ramddan Abd Rahim dan ibu, Kisdalliana Saad meninggal dunia di lokasi kejadian. 

Mereka terbabit kemalangan ketika mahu menghantar barang yang dibeli di pekan Gopeng kepada anak.

Video TikTok dimuat naik oleh adik Fatin di TikTok meraih perhatian dan meruntun hati ramai warganet.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved