Ibu bapa sedia bantu pemasangan CCTV

LocalFamily & Parenting
9 Oct 2026 • 8:05 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Ibu bapa sedia bantu pemasangan CCTV

BATU PAHAT: Golongan ibu ba­pa mengakui semakin bimbang de­ngan pelbagai insiden keganasan melibatkan pelajar di ka­wasan sekolah, khususnya se­le­pas insiden terbaharu yang ber­laku di Yong Peng, di sini Sab­tu lalu.

Seorang pesara, Ibrahim Salleh, 62, berkata, dia kesal kera­na insiden sedemikian kembali berulang sehingga menyaksikan beberapa insiden melibatkan kematian pelajar berlaku dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Menurutnya, pihak berwajib seharusnya mengambil tindakan segera bagi mengelakkan perkara sama berulang selepas kejadian pertama dahulu.

“Dalam sistem pendidikan dan masyarakat ada banyak pihak bertanggungjawab tetapi mengapa sehingga sekarang tiada satu penyelesaian kepada masalah ini. Mengapa insiden serupa masih lagi berulang,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tambah Ibrahim, kejadian sedemikian menyaksikan golongan ibu bapa menjadi bimbang untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah, sedangkan sekolah seharusnya menjadi tempat selamat buat generasi muda.

Sabtu lalu, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun, Allahyarham Irene Sofiya Mohd. Khairool Faisal ditemukan maut dipercayai dibunuh rakan sekelasnya di dalam dewan sebuah sekolah di Yong Peng, di sini.

Sementara itu, seorang peniaga, Reza Ithnain, 55, pula berkata, pihaknya berharap langkah keselamatan di kawasan persekolahan dapat ditambah baik termasuklah dengan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV).

“Saya sangat berharap ada tindakan diambil pihak kerajaan, mungkin tambah bilangan pengawal keselamatan atau memasang CCTV.” kaatanya.

Seorang lagi penduduk setem­pat, Syafikah Fuat, 24, ber­kata, dia bersedia membayar yuran yang lebih sekiranya langkah itu dapat membantu mening­katkan tahap keselamatan di sekolah.

“Pemasangan CCTV memang sangat penting kerana banyak kawasan sekolah yang terlin­dung daripada orang ramai. Pemasangan kamera mungkin dapat halang pelajar atau pihak lain melakukan perkara yang salah.

“Sekiranya perlu bayar yuran lebih, saya setuju dan bersedia. Saya yakin ramai pihak sependapat dengan saya kerana ini demi keselamatan anak-anak kita,” katanya.-UTUSAN.

The post Ibu bapa sedia bantu pemasangan CCTV appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved