Ibu Bapa Yakin Buka Banyak Peluang Anak Di Masa Depan, Pelajar Bukan Cina Naik Mendadak Di SJKC

10 Jun 2024 • 1:16 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Sinar Harian, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) difahamkan menjadi pilihan utama para ibu bapa yang bukan berbangsa Cina menghantar anak mereka.

Jumlah pelajar bukan Cina naik mendadak

Pada tahun 1989, hanya sebanyak 3.08 peratus saja pelajar sekolah yang bukan berbangsa Cina belajar di SJKC, tetapi pada 2020, ia melonjak hingga 19.75 peratus.

Difahamkan, antara faktor ibu bapa memilih SJKC sebagai tempat pendidikan anak-anak kerana yakin sistem pembelajaran lebih berkualiti dan disiplin murid yang tinggi.

image is not available

Membantu di masa depan

Malah, mereka juga yakin bahawa penguasaan bahasa Cina akan membuka banyak peluang untuk anak-anak di masa akan datang.

Dalam pada itu, kehadiran SJKC yang berada di kawasan berdekatan perumahan juga merupakan salah satu faktor peratusan murid bukan berbangsa Cina belajar di SJKC.

image is not available 3 months ago

"Boleh Je Buat Kalau Ibu Bapa Tak Culas Bayar Yuran PIBG" - Seperti Di 'Shopping Mall', Tandas SJKC Ini Buat Netizen Kagum