Ibu Bergegas Merangkak Dan Memeluk Anak Selepas Dirempuh Kereta Ketika Lintas Jalan Di Sabah

11 Jun 2024 • 1:37 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Nasib malang menimpa ibu dan anak selepas dilanggar sebuah kereta di Sandakan, Sabah

Ibu Bergegas Merangkak Dan Memeluk Anak Selepas Dirempuh Kereta Ketika Lintas Jalan Di Sabah. Satu hantaran tular dan sayu di media sosial yang menunjukkan seorang wanita berdepan detik cemas selepas dirempuh sebuah kereta ketika melintas jalan di Sandakan, Sabah pada Isnin.

Menerusi perkongsian video dashcam di laman Facebook itu, ibu tersebut terpaksa berhadapan dengan situasi cemas selepas anaknya secara tiba-tiba menyeberangi jalan raya.

image is not available
Ibu Bergegas Merangkak Dan Memeluk Anak Selepas Dirempuh Kereta Ketika Lintas Jalan Di Sabah

Malangnya, nasib tidak menyebelahi mereka, kedua-duanya dirempuh oleh sebuah kereta, menyebabkan ibu dan anak itu terjatuh di tepi jalan.

Selepas itu, si ibu dengan segera merangkak dan memeluk anaknya yang kelihatan tidak sedarkan diri ketika itu.

Pada masa yang sama, beberapa orang awam berkumpul di lokasi kejadian sebelum salah seorang daripada mereka mengalihkan kanak-kanak itu dari kawasan berbahaya.

Menurut laporan, setakat ini tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkaitan insiden tragik berkenaan.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved