Ibu berjaya dapat hak asuh, anak segan jumpa ayah kandung di mahkamah

Family & Parenting
27 Jun 2023 • 6:15 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Perpisahan dalam sebuah perkahwinan bukan sahaja memberi kesan kepada suami isteri, tetapi turut anak yang masih lagi dibawah jagaan.

Walau bagaimanapun, ia bukan bermakna hubungan anak dan ibu atau anak dan bapa harus berakhir juga kerana ia tetap berjalan sampai bila-bila.

Ibu berjaya dapat hak jagaan

Namun begitu, menerusi perkongsian TikTok seorang pempengaruh dikenali sebagai Asha Razak, dia telah memuat naik momen anak perempuannya yang malu bersalaman dengan bapa kandung selepas Asha berjaya mendapatkan hak jagaan keatas kanak-kanak tersebut.

@asha.razak_

“MAKHAMAH MEMUTUSKAN HAK PENJAGAAN ANAK BERPIHAK KEPADA PLANTIF(IBU)” HARINI. Allah izin & kurniakan rezeki buat Adra untuk berjumpa.. Sebelum ni hari hari ibu cakap “nanti kakak akan jumpa ayah kakak” & ibu selalu tunjuk gambar supaya dia tak lupa pada wali dia. Asha & husband Sebak bila tengok mereka berjumpa tadi… Adra kenal & masih ingat pada ayahmya. “Abi…. kakak malu dengan ayah” katanya. ohh dia malu malu sikit rupanya.. Berkat USAHA & DOA selama ni, Allah izinkan juga segalanya selesai pada harini. Alhamdulillah! Terima kasih atas segala doa baik kalian. Terima kasih juga telah mengikuti segala perjalanan kami selama ni. Semoga Adra membesar dengan penuh kasih sayang & bahagia Semoga bila Adra dah besar nanti, dia tengok video ni. Dia akan faham segala perjalanan yang ibu dah lalui untuk dia untuk sesiapa yang keliru: ABI – Bapa Tiri Adra AYAH – Bapa Kandung Adra #tuntutanhadhanah

♬ original sound – The Selawat – The Selawat

Anak salam bapa kandung lepas keluar mahkamah

Melihat dari video yang berdurasi 42 saat itu, dapat dilihat yang Asha berkali-kali menitipkan pesan kepada anaknya supaya bertemu dengan bapa kandung nanti.

Jadi, seusai mendapat hak jagaan, dia telah memberi ruang kepada bekas suami serta anaknya saling bertemu walaupun kanak-kanak itu terlihat sedikit canggung pada awalnya.

image is not available

Sebak tengok momen tu

Susulan daripada perkongsian tersebut, ramai yang meninggalkan komen mengatakan berasa sayu melihat situasi berkenaan.

Ada juga di antara mereka yang mengakui pernah berada di situasi tersebut dan berharap supaya anak-anak yang ‘broken home’ ini mendapat kasih sayang yang cukup dari ibu bapa walaupun mereka sudah berpisah.

Namun, kebanyakan daripada mereka tetap mendoakan agar anak kepada Asha terus kuat menghadapi ujian ini dan berharap dia membesar menjadi anak yang solehah serta membanggakan kedua orang tua.

image is not available

Hati anak memang hancur kalau dia faham

image is not available

Bukan senang hidup dalam broken family

image is not available

Sedih tengok, duduk depan2 macam orang asing

image is not available

Semoga masing2 berbaik demi anak

image is not available

Sumber: TikTok asha.razak