'Ibu bukan bibik 'dibalut' nama nenek...' Fedtri Yahya tegur anak enggan berdikari lepas kahwin, patutya berani nikah berani tanggung

Family & Parenting
12 Jun 2026 • 2:35 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Ibu bukan bibik 'dibalut' nama nenek...' Fedtri Yahya tegur anak enggan berdikari lepas kahwin, patutya berani nikah berani tanggung

"IBU bukan bibik yang dibalut atas nama nenek."

Demikian luahan yang dikongsikan personaliti televisyen, Fedtri Yahya, menerusi satu hantaran di Threads sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Menurutnya, selepas bertahun-tahun berkorban membesarkan anak-anak, golongan ibu atau nenek sewajarnya diberikan ruang untuk menikmati sisa usia dengan tenang, menjaga kesihatan, mengejar impian yang tertangguh dan menikmati hasil daripada segala penat lelah mereka selama ini.

"Setelah bertahun-tahun berkorban, biarlah si nenda menikmati sisa usia dengan tenang, merawat diri, mengejar impian yang tertangguh dan menuai hasil daripada segala jerih payah yang pernah ditaburkan.

"Anak-anak bukan amanah untuk dibesarkan dua kali," tulisnya.

Dalam hantaran yang sama, Fedtri turut menyelitkan pantun yang membawa mesej tentang tanggungjawab selepas mendirikan rumah tangga.

"Pohon sekah

Menimpa panggung

Berani nikah

Berani tanggung."

Image from: 'Ibu bukan bibik 'dibalut' nama nenek...' Fedtri Yahya tegur anak enggan berdikari lepas kahwin, patutya berani nikah berani tanggung

Terdahulu, hos Malaysia Hari Ini itu membalas satu hantaran di Threads yang mengisahkan luahan seorang wanita yang mendakwa dirinya dianggap tidak berperikemanusiaan hanya kerana enggan menjaga cucu secara percuma.

"Hanya disebabkan aku tak nak jaga cucu secara percuma, sekarang satu keluarga anggap aku perempuan tak berperikemanusiaan Umur aku 52 tahun. 

"Tahun lepas, akhirnya aku rasa lega buat pertama kali lepas berpuluh tahun hidup terkejar-kejar. 

"Pinjaman rumah sudah habis bayar, rumah pun dah siap renovasi dan aku berhenti kerja tetap yang selama ni memang memenatkan fizikal dan mental," titipnya yang dimuat naik Threads kisahrumahtangga01. 

Rata-rata warganet bersetuju dengan Fedtri dan berpendapat anak-anak yang sudah berkeluarga perlu memikul tanggungjawab sendiri tanpa membebankan ibu bapa untuk menjaga cucu.

"Saya setuju sangat, biarlah mereka bersara dengan aman damai habiskan usia tua setelah penat masa muda kerja keras. Anak-anak carilah hidup sendiri, besarkan keluarga tanpa menyusahkan orang tua masing-masing."

"Mak dulu sudah besarkan kita tanpa bantuan siapa pun. Kasihan kat mak."

"Allahuakbar.. anak kita tanggungjawab kita."

"Sekiranya nenda tawarkan diri untuk menjaga cucu, itu cerita lain."

"Saya awal-awal lagi dah cakap dengan anak. Kalau sudah kahwin dan ada anak, jaga anak sendiri. Ibu tak nak jaga anak kamu semua. Ibu sudah penat, lagi pun tak berapa sihat. Masa yang ada ni nak berehat-rehat saja sementara menunggu masa dijemput Ilahi."