Ibu ‘Catfish’ Skandal Guna Gambar Anak Perempuan Sendiri Di Miri, Laporan Polis Telah Dibuat

8 Mar 2023 • 9:05 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Seorang ibu di Miri tergamak menyamar guna gambar anaknya untuk kepentingan diri sendiri.

Ibu ‘Catfish’ Skandal Guna Gambar Anak Perempuan Sendiri Di Miri, Laporan Polis Telah Dibuat. Kedua ibu bapa sepatutnya melindungi anak daripada pelbagai ancaman dan juga fitnah dunia, bukan sebaliknya!

Semalam tular perkongsian seorang wanita dari Miri Sarawak ini di Facebook setelah dirinya menceritakan pengalaman ‘pelik tapi benar’ apabila dirinya dpergunakan oleh ibunya sendiri selama 7 tahun.

image is not available
Ibu ‘Catfish’ Skandal Guna Gambar Anak Perempuan Sendiri Di Miri, Laporan Polis Telah Dibuat. Sumber foto: FB Biebiena Sandra IV

image is not available
Sumber foto: FB Biebiena Sandra IV

Berkenalan dengan ramai lelaki dalam talian

Dalam perkongsian tersebut wanita berkenaan berkata ibunya telah menggunakan gambarnya dan menyamar sebagai dirinya untuk berkenalan dengan ramai lelaki serta meminjam wang orang lain secara dalam talian.

Kecewa dengan tindakan ibunya yang tergamak menjual anaknya untuk kepentingan diri sendiri, wanita berkenaan kemudiannya membuat laporan polis.

Dalam laporan berkenaan, wanita itu berkata bahawa dia telah mendapat pesanan Whatsapp dari rakannya menanyakan soalan adakah dirinya tahu mengenai sebuah nombor telefon ini. Wanita tersebut kemudiannya mengatakan bahawa nombor telefon itu merupakan nombor ibunya.

image is not available

Menyamar sebagai dirinya untuk meminjam wang

Namun demikian, apabila dirinya memeriksa nombor berkenaan, gambar profil Whatsapp nombor itu menggunakan gambar dirinya. Dia mengatakan bahawa ibunya telah menggunakan banyak gambar dirinya untuk berkealan dengan lelaki serta meminjam wang daripada orang lain.

Dalam laporan polis itu lagi, dia menyatakan bahawa dirinya tidak lagi tinggal bersama ibunya dan telah mengarahkan orang tuanya itu untuk berhenti menggunakan gambar serta menyamar sebagai dirinya.

Laporan polis ini dibuat oleh dirinya kerana wanita tersebut takut jika keselamatan dirinya terancam kerana perkara yang tidak dibuat oleh dirinya.

Hati-hati dengan penipuan dalam talian, ketahui jenis-jenis penipuan di luar sana: