Ibu dalam pantang, bayi terperangkap banjir diselamatkan

LocalEnvironment
6 Oct 2024 • 5:23 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota polis membantu memindahkan ibu dan anaknya yang terperangkap akibat banjir di Kampung Parit Jepun, Ulu Benut Simpang Renggam, Kluang. Foto IPD Kluang

image is not available
Anggota polis membantu memindahkan keluarga yang terperangkap akibat banjir di Kampung Parit Jepun, Ulu Benut Simpang Renggam, Kluang. Foto IPD Kluang

KLUANG - Seorang wanita dalam pantang bersama bayinya berusia tiga minggu berjaya diselamatkan selepas terperangkap di dalam rumah akibat banjir yang melanda Simpang Renggam pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, bantuan menerusi Pasukan Boatman Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang dilakukan pada jam 2.45 petang.

**media[2835703]**

“Sebuah keluarga yang terperangkap dalam rumah Kampung Parit Jepun, Ulu Benut akibat banjir diberikan bantuan. Seorang wanita baru bersalin tiga minggu lalu berusia 22 tahun dan bayi lelakinya diselamatkan.

“Turut diselamatkan seorang wanita berusia 59 tahun. Semua mangsa dibawa keluar menggunakan kenderaan GS Kargo Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Mereka dibawa ke Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Kencana, Kampung Muhamad Amin, Simpang Renggam,” katanya dalam kenyataan.