Ibu dengar suara Nabil Zamanhuri dah nazak, arwah alami kekejangan selepas solat Subuh

26 May 2024 • 4:30 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ibu dengar suara Nabil Zamanhuri dah nazak selain mendedahkan arwah anaknya mengalami kekejangan selepas selesai menunaikan solat Subuh, pagi tadi.

Ibu kepada Allahyarham Nabil Zamanhuri atau dikenali Nabil Mentor iaitu Fatimah Abdullah memaklumkan anaknya mula menunjukkan tanda kurang sihat.

Kongsinya, arwah Nabil mengalami kekejangan ketika sedang menunggu isterinya, Adelia Citra Hapsari selesai mengambil wuduk di bilik air.

“Sewaktu Nabil hendak solat subuh, isteri maklumkan keadaannya sudah mula nampak tidak baik dan mengalami kekejangan. Jadi, Adelia terus hubungi saya,”katanya.

image is not available

Ibu dengar suara Nabil Zamanhuri dah nazak

Fatimah Abdullah berkata, dia mula mendengar suara anaknya seolah-olah sudah nazak sebelum menghubungi ambulans untuk dibawah ke hospital.

“Ketika sedang bercakap, saya ada dengar suara Nabil yang seolah-olah sudah nazak. Kemudiannya, kami terus hubungi ambulans dan arwah dibawa ke hospital dalam masa 30 minit kemudian.
“Kalau diikutkan arwah disahkan meninggal dunia di Hospital Ampang, jam 9.15 pagi tadi, namun keadaannya sudah mula merosot sejak di rumah,” katanya ditemui di Unit Perubatan Forensi, Hospital Ampang, hari ini.

image is not available

Fatimah dan ahli keluarga yang lain masih menanti keputusan daripada unit forensik mengenai punca kematian bekas peserta program Mentor musim pertama.

Bagaimanapun, arwah pernah mengadu sakit di bahagian perut sejak beberapa bulan lalu, namun tidak pasti mengenai punca sebenar.

“Kalau diikutkan, arwah memang sihat dan tidak masalah kesihatan yang kritikal. Arwah juga selalu aktif terutama ketika bekerja. Kadang-kadang sampai lewat malam, jadi dia pun selalu lambat tidur.
“Sebelum ini, arwah ada mengadu sakit sikit-sikit termasuk di bahagian perut sejak dua atau tiga bulan lalu.
“Tapi, perkara itu datang pada masa tertentu sahaja. Jadi, sekarang kami tengah tunggu ‘post-mortem’ daripada unit forensik,” katanya lagi.

image is not available

Sementara itu, Fatimah dimaklumkan oleh rakan-rakan arwah bahawa dia dilihat mula menjadi ‘pendiam’ dari kebiasaannya sejak kebelakangan ini.

“Kawan-kawan cakap, arwah banyak berdiam. Tapi, saya tak nampak apa-apa sebab arwah masih berborak dengan saya.
“Tapi, saya pernah terdetik bagaimana kalau Nabil sudah tiada nanti. Saya berfikir apa akan jadi dan siapa akan jaga anak-anak yang masih kecil.
“Saya tak tahu kenapa boleh terfikir sebegitu, macam tiba-tiba sahaja ia datang,” katanya.

image is not available

Terdahulu, Allahyarham Nabil dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Bukit Indah, Ampang, dekat sini, pagi tadi.

Khabar duka itu dikongsikan oleh ibu Allahyarham menerusi sebuah hantaran di platform Facebook miliknya.

image is not available

Sumber: BH Online (Affan Rostam), Gempak (Umirah Halim)