“Ibu Derhaka Kepada Anak Tak Wujud Walaupun Ibu Jahat Mana Sekalipun” – Sharifah Zarina

EntertainmentFamily & Parenting
27 Aug 2025 • 9:06 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, penyanyi, Sharifah Zarina menjadi perhatian ramai selepas dia secara spontan membalas komen juri, Datuk AC Mizal dengan mengatakan ‘tak nak ibu derhaka pada anak’ dalam rancangan Talk To My Manager.

Tiada istilah ibu derhaka kepada anak

Namun begitu, penyanyi terbabit memaklumkan dirinya tidak sengaja mengeluarkan kenyataan tersebut selain menegaskan tiada istilah ibu derhaka pada anak.

Orang kata kiasan saja. Anak derhaka kepada ibu tapi ibu derhaka kepada anak memang tak wujud walaupun ibu jahat macam mana sekalipun. Bukan bermaksud ibu derhaka tapi ibu toksik kepada anak. Dalam keluarga kami tiada toksik.

Selesa ikut kehendak anak

Dalam pada itu, pelantun lagu Langit Ketujuh itu berkata dia lebih selesa mengikut kehendak anak agar hubungan keluarganya harmoni.

Saya tak nak berlaku anak-anak rasa tidak selesa dengan mak atau tak mahu duduk dengan mak ayah. Dalam keluarga kami, tiada.

Sekadar info, Athalia yang merupakan peserta TTMM telah membawa lagu Pretty Little Baby nyanyian asal Connie Francis pada minggu pertama.

image is not available 2025-08-26 15:59:44

"Kalau Asyik Bergaduh Je Boleh Gila Tau.." - Mahu 'Happy Ending', Puteri Sarah Kongsi Hubungan Baik Dengan Syamsul Yusof