Ibu Disyaki Tikam Anak, Hilang Sabar Kerana Enggan Buat Kerja Rumah

9 Jan 2024 • 5:39 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
ibu tikam anak

Seorang wanita yang juga ibu hilang sabar, disyaki tikam anak lelakinya dengan menggunakan pisau kerana enggan melakukan kerja rumah.

Memetik laporan Sinar Harian, kejadian tersebut berlaku di Kampung Changkat Gombak di sini pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan bekata, kejadian berlaku kira-kira jam 11 malam yang mengakibatkan mangsa berusia 12 tahun mengalami kecederaan di tangan dan kaki sebelum diselamatkan jiran.

Difahamkan, sepasukan anggota unit peronda (MPV) polis telah tiba di lokasi kejadian untuk memeriksa keadaan kanak-kanak tersebut.

Polis kemudiannya bertindak menahan ibu mangsa kira-kira jam 1 pagi Sabtu.

Hasil siasatan awal mendapati wanita berkenaan mengaku memarahi anak lelakinya kerana enggan membantu melakukan kerja rumah.

“Dalam pertengkaran itu, pisau sayur yang dipegang terkena anak menyebabkan cedera di tangan dan kaki,”katanya pada Selasa.

image is not available

Tambah beliau, mangsa telah pun menerima rawatan dan menerima antara empat hingga lima jahitan.

Ibu mangsa kemudiannya ditahan reman dua hari bermula 6 Januari untuk disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Afham Ramli)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved