KLUANG - Tiga beranak ditemukan maut selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di Taman Titiwangsa di sini pada malam Rabu.
Dalam kejadian dilaporkan jam 10.44 malam itu, mangsa, Noraini Ibrahim, 49, bersama dua anak lelakinya, Khairul Nurhaziq Khairul Nizam, 18, dan Khairul Nurhadiff, 11, ditemukan dalam sebuah bilik.
Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Fauzi Md Nor berkata, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera dikejarkan ke lokasi.
**media[3642154]**
Menurutnya, jentera pertama tiba di lokasi jam 10.49 malam dan segera melakukan operasi pemadaman.
**media[3642157]**
“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di situ, sebuah rumah teres dua tingkat sedang terbakar dengan kemusnahan dianggarkan 50 peratus.
“Ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya.
**media[3642153]**
Beliau berkata, semua mangsa dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom untuk tindakan lanjut.





