
SANDAKAN: Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sandakan sedang mengesan seorang wanita dikenali sebagai Yulisa Edulaldu, 36, yang juga ibu kandung kepada seorang kanak-kanak perempuan berumur 3 tahun 7 bulan.
Kanak-kanak itu itu telah diserahkan kepada pasangan Julasri Sali dan isterinya, Irma Wahyuni Muhamad semasa kanak-kanak itu berusia dua bulan.
Serahan tersebut mempunyai akuan bersumpah bertarikh 28 Disember 2020, serta laporan polis.
Ibu kandung kanak-kanak ini diminta tampil membantu siasatan bagi memudahkan segala urusan berkaitan kanak-kanak tersebut.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Sementara itu, JPKA Sandakan juga sedang mengesan ibu kandung kepada seorang kanak-kanak lelaki bernama Mohamad Satria yang berumur 13 tahun.
Ibu kanak-kanak itu dikenali sebagai Norlilah Diris.
Kanak-kanak ini sekarang dalam jagaan sepupunya bernama Noraini Jaluddin dan suaminya Mamat Maming, selepas kanak-kanak itu diserahkan oleh ibu kandungnya kepada nenek saudara kanak-kanak itu sebaik berusia setahun.
Sesiapa yang mengenali dua wanita itu boleh menghubungi Pegawai Pelindung Bahagian Sandakan, Moksin Hussin (Yulisa) atau Erdianna Kanin (Norlilah) menerusi talian telefon pejabat 089-667821 atau ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Sandakan di tingkat bawah Bangunan Urusetia, Batu 7, Sandakan bagi urusan selanjutnya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
