Ibu Hazami meninggal dunia selepas 47 hari melawan jangkitan paru-paru

LocalEntertainment
31 Jan 2025 • 5:28 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

TAKZIAH diucapkan buat penyanyi Hazami yang baharu kehilangan ibunya jam 5.06 pagi tadi kerana jangkitan paru-paru.

Pelantun Sonata Musim Salju itu sempat mengucapkan terima kasih kepada semua pihak mendoakan kesejahteraan ibunya, Allahyarham Noor Afaza Md Salleh, 81.

Menerusi video yang dihantar oleh pihak pengurusan, Hazami berkongsi mengenai tempoh 47 hari terakhir bondanya berjuang dan bertarung nyawa melawan jangkitan.

image is not available

"Assalamualaikum. Saya berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesembuhan dan segala-galanya untuk ibu saya.

"Selama 47 hari ibu saya bertarung nyawa melawan (penyakit), dah sampai ajal. Hari ini, ibu bertemu dengan Sang Pencipta," katanya.

Difahamkan, kesihatan arwah mula merosot dan sering keluar masuk wad sejak akhir-akhir ini. Hazami atau nama sebenarnya Norkamal Hazami Ahmad turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang melakukan solat hajat dan bacaan Yasin buat ibunya.

"Terima kasih kepada yang solat hajat, bacakan Yasin dan doa-doa anda. Terima kasih. Hanya ALLAH yang mampu membalasnya," katanya.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah di sini selepas solat Jumaat.

View Original Article