Ibu hidap 4 sakit kronik gagah jaga anak OKU

LocalHealth & Fitness
16 Sep 2026 • 8:53 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Ibu hidap 4 sakit kronik gagah jaga anak OKU

BESUT: Seorang ibu enam anak cekal menjaga anaknya yang mengalami gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan (ADHD), meskipun dirinya terpaksa menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu akibat kegagalan buah pinggang tahap lima.

Normahera Kholid, 39, yang turut menghidap empat sakit kronik termasuk darah tinggi, diabetes dan penyakit jantung berkata, anaknya, Muhammad Iffat Anaqi Abdullah, 6, disahkan sebagai orang kurang upaya (OKU) pada Mac lalu dan kini memerlukan perhatian serta penjagaan khas.

“Saya menghidap darah tinggi dan diabetes sejak usia 20-an sebelum turut mengalami masalah jantung dan penglihatan.

“Sejak dua tahun lalu, doktor mengesahkan buah pinggang saya bermasalah dan sejak awal tahun ini keadaan semakin merosot hingga kedua-duanya berada pada tahap lima,” katanya.

Normahera mula menjalani dialisis di Hospital Besut sejak Ogos lalu dan kini banyak bergantung kepada bantuan keluarga berikutan pergerakannya yang terbatas.

Muhammad Iffat Anaqi pula mempunyai masalah pertuturan dan pernah dihantar ke tadika, namun terpaksa dihentikan atas faktor keselamatan.

“Saya berusaha mencari sekolah khas atau penempatan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang sesuai untuknya,” katanya.

Sementara itu, suaminya, Mohd. Nazri Mohd. Zarawi, 38, bekerja sebagai buruh di Jeli, Kelantan, menyebabkan urusan menjaga anak banyak dibantu keluarga.

Kos berulang-alik mendapatkan rawatan pula mencecah kira-kira RM200 seminggu, termasuk bayaran kepada individu yang menghantarnya ke hospital.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 0301841000037310 atau menghubungi Normahera di 019-9037 951. – UTUSAN

The post Ibu hidap 4 sakit kronik gagah jaga anak OKU appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved