Ibu ini kongsi DIY lampu hiasan bilik anak dengan kos bajet. Guna kotak pun tetap cantik. Kreatifnya!

22 Jul 2022 • 11:30 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

SIAPA sangka kotak yang sebelum ini dibuang begitu sahaja, rupanya bermanfaat untuk dijadikan lampu hiasan di dalam bilik.

Itulah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Nani Idayu. Simple sahaja caranya, namun hasilnya sangat menakjubkan. Anak-anak juga pasti suka melihatnya.

Bagi ibu bapa yang nak asingkan bilik tidur dengan anak, mungkin boleh mencuba tip yang dikongsikan itu.

image is not available

Selain mencantikkan ruangan, ia juga boleh menjadi ‘peneman’ anak-anak yang mungkin masih takut-takut untuk tidur sendirian.

“Saya kongsikan DIY lampu bilik anak-anak dengan hanya menggunkan kotak terpakai. Memandangkan banyak kotak di rumah, sayang nak dibuang. Jadi, saya dapat ilham untuk kitar semula dengan mengubah menjadikan ia lampu.

“Ini dinamakan ‘projek mak mak’. Yang penting bajet sangat berpatutan. Malah, hanya tiga bahan diperlukan untuk projek ini iaitu kotak, led strip light dan lampu ‘lip lap’,” kongsi puan Nani kepada Sinarplus.

image is not available
Puan Nani bersama anaknya

Berikut adalah cara membuat lampu hiasan:

1. Bahan utama ialah kotak terpakai yang keras dan tebal supaya lebih kukuh.

image is not available

2. Setelah dilukis, barulah kotak berkenaan dipotong dengan menggunakan cutter biasa, tetapi kena betul-betul teliti.

image is not available

3. Buat base dua keping kerana permukaan besar perlu lebih tebal. Seterusnya, buat pula tulang supaya ada gap antara lampu dengan dinding. Untuk bahagian ini, Nani menggunakan glue gun untuk gam kotak tersebut.

image is not available

4. Untuk bahagian hadapan, boleh tambahkan bod ice cream cair.

image is not available

5. Kemudian, ambil lampu led strip light dan lekatkan di sekeliling belakang bod.

image is not available

6. Seterusnya warnakan. Untuk lampu ini, poster color dicampur dengan foam sheet warna-warni.

image is not available7. Seterusnya anak minta tambah lampu aiskrim, Puan Nani kemudiannya membuat base dengan menggunakan dua keping kotak, potong dan gamkan dengan glue gun.image is not available8. Setelah itu, tebuk lubang terlebih dahulu sebelum memasukkan lampu. Gunakan gam bulb lampu itu di kedudukannya.

image is not available

9. Warnakan lampu menggunakan buncho atau apa yang ada di rumah. Inilah hasilnya.

image is not available

Lampu yang siap digantung.

image is not available

Beritahu Nani lagi, lampu yang dihasilkan itu akan ditutup apabila anak-anaknya sudah tidur untuk tujuan keselamatan.

Selamat mencuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.