Ibu Kaka Azraff meninggal dunia

Entertainment
7 May 2023 • 4:39 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

IBU kepada penyanyi Kaka Azraff iaitu Redida Aziz, 65, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, pada Ahad.

Berita duka itu dikongsikan sendiri oleh Kaka atau nama sebenarnya Noor Atiqa Noor Azraff, 34, menerusi hantaran di Instagram Stories.

“Dukacita dimaklumkan, ibunda tercinta, Redida Aziz telah kembali ke
Rahmatullah,” tulisnya.

Difahamkan Allahyarhamah terlebih dahulu mendapat serangan jantung pada Jumaat lalu dan dimasukkan ke hospital.

Terdahulu, Kaka berkongsi keadaan ibunya yang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan.

The post Ibu Kaka Azraff meninggal dunia appeared first on Sinar Plus.