Ibu Kandung Musa Dakwa Dimanipulasi & Tuntut Permohonan Maaf, Ini Respon Noh Salleh – “Taknak, Saya..”

26 Jan 2024 • 12:16 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Athira dilaporkan membuat tiga tuntutan terhadap vokalis terkenal, Noh Salleh.

Athira yang merupakan ibu kandung kepada Musa, anak angkat Noh mendakwa dia telah dimanipulasi oleh vokalis berusia 39 tahun itu.

 

Taknak respon

Ketika dihubungi wartawan, Noh memilih untuk tidak memberikan apa-apa komen berkenaan tiga tuntutan diajukan oleh Athira terhadapnya.

Taknak, saya busy sekarang.

Itu jawapan bekas suami Mizz Nina yang juga merupakan ibu angkat kepada Musa, sebelum dia mematikan panggilan telefon tersebut.

image is not available

 

Ibu kandung Musa mahu Noh minta maaf secara terbuka

Terdahulu, Athira mendakwa dirinya telah dimanipulasi oleh Noh dan turut kecewa dengan kenyataan yang dibuat oleh penyanyi itu ketika ditemu bual Melodi.

Sebagai ibu kandung Musa, saya sangat kecewa dengan apa yang terjadi. Saya rasa dimanipulasi dan digunakan untuk kepentingan dia (Noh).

Saya juga kecewa kerana dia menggunakan saya dengan menyatakan Musa diserahkan oleh ibu kandungnya dengan rela hati. Disebabkan itu, saya mahu Noh tarik balik kenyataan dibuat kerana menggunakan nama saya dalam media.

image is not available

Tegas Athira, dia mahu Noh membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi media memandangkan sebelum ini juga perkongsiannya dibuat melalui media.

Wanita berkenaan juga menuntut agar Noh memadam semua gambar yang mendedahkan wajah anak lelakinya itu dalam tempoh 24 jam.

image is not available 7 hours ago

"Tolong Tarik Balik Kenyataan Dan Mohon Maaf" - Ibu Kandung Musa Dakwa Telah Dimanipulasi Noh Salleh