Ibu Kandung Tergamak Lepas Kelar Anak, Kirim Gambar Dengan Suami Di WhatsApp

17 Mar 2024 • 8:51 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Bayi setahun enam bulan dikelar ibu kandung sendiri

Ibu Kandung Tergamak Lepas Kelar Anak, Kirim Gambar Dengan Suami Di WhatsApp. Gempar satu Malaysia mendengar berita menyayat hati seorang bayi maut dikelar ibu kandung sendiri semalam di Johor.

Dipetik dari laporan Kosmo, bayi lelaki berusia setahun enam bulan tersebut ditemui meninggal dunia dibunuh ibu kandungnya dalam kejadian di sebuah kawasan perumahan di Pasir Gudang semalam.

image is not available
Ibu Kandung Tergamak Lepas Kelar Anak, Kirim Gambar Dengan Suami Di WhatsApp. Gambar sekadar hiasan

Suspek menghantar gambar mangsa kepada suami melalui WhatsApp

Menurut Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar, pihaknya menerima panggilan kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati bahawa ibu mangsa yang berusia 32 tahun telah menghantar gambar mangsa yang berlumuran darah pada leher melalui aplikasi WhatApp kepada suaminya.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Tangkapan telah dilakukan

Oleh itu, pihak polis telah melakukan tangkapan ke atas ibu kandung mangsa dan menemui sebilah pisau dipercayai digunakan untuk mengelar mangsa. Permohonan reman juga akan dilakukan hari ini, tambah beliau lagi.

Kumar berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Lagi berita terkini untuk anda di sini: