Ibu kepada remaja yang hilang dari asrama buat laporan polis

19 Dec 2023 • 3:54 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Ibu kepada pelajar lelaki sebuah sekolah berasrama penuh di Cheras yang melarikan diri kerana dikatakan tidak tahan dibuli, hari ini membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Beliau berkata laporan polis dibuat di Pondok Polis Hospital Cancelor Tuanku Muhriz (HCTM) di sini pada pukul 11.16 pagi.

“Saya buat laporan polis secara berseorangan kerana anak saya masih menerima rawatan di HCTM. Anak saya semakin pulih, dan sudah bersedia untuk beri keterangan kepada pihak polis sekiranya diperlukan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan polis berkenaan.

Pada 8 Disember lepas seorang pelajar sekolah berumur 14 tahun di Cheras ditemukan dalam keadaan lemah oleh ibu bapanya dan guru sekolah di Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak, beberapa jam selepas dilaporkan hilang dari asrama. - 19 Disember, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved