Ibu kutu gelap mata, pemain merana

LocalPersonal Finance
12 Aug 2026 • 8:15 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ibu kutu gelap mata, pemain merana

Orang dahulu memang suka main kutu, ia menjadi salah satu cara mereka menyimpan wang atau membuat tabungan. Dimainkan secara berkumpulan yang hanya berteraskan kepercayaan.

Ibu kutu berperanan mengumpulkan wang dan pemain dipanggil anak kutu. Dahulu permainan kutu ini dilakukan secara bersemuka dalam kalangan ahli keluarga, jiran dan saudara mara atau rakan sekerja.

Setiap peserta akan menyumbang sejumlah wang pada setiap minggu atau bulan seperti mana dipersetujui. Nilai dikumpul pula tidaklah besar antara RM10, RM50 atau RM100. Duit pula dikutip secara tunai dan bersemuka.

Sementara giliran ditentukan melalui cabutan undi atau persetujuan bersama. Ada yang bermain satu nama dan ada lebih sehingga empat nama.

Ibu kutu akan mengumpul wang tersebut dan mengagihkan kepada peserta mengikut giliran sehingga semua ahli menerima jumlah yang sama.

Selain kutu simpanan, ada juga yang bermain kutu emas atau kutu barangan seperti produk ‘tupperware’. Modus operandi sama, cuma apabila tiba giliran mereka, yang diterima sama ada emas atau barangan. Sama juga dengan kutu barangan.

Jika diselusuri di media sosial, duit kutu juga dapat menampung wang membina rumah serta mahligai perkahwinan.

Malah ada yang menggunakan wang kutu untuk memperbaharui cukai jalan kenderaan, persiapan persekolahan atau hari raya termasuk bercuti. Main kutu membuatkan kita terikat dan perlu memenuhi komitmen ditetapkan setiap bulan.

Namun apabila seorang culas membayar maka keseluruhan rantaian akan terjejas. Jika dahulu nilainya sedikit dan melibatkan kalangan keluarga dan teman rapat.

Namun kini permainan kutu moden lebih meluas, caranya semakin berubah mengikut perkembangan teknologi, melibatkan jumlah yang banyak sehingga mencecah ribuan ribu ringgit. Corak permainan juga berbeza apabila melibatkan peserta dalam kalangan ‘rakan’ di alam maya seperti Facebook dan Telegram.

Komunikasi antara peserta dilakukan melalui aplikasi seperti WhatsApp dan pembayaran pula boleh dibuat melalui perbankan dalam talian atau e-dompet. Lebih menghairankan sekalipun tidak berjumpa tetapi pemain mempercayai ibu kutu.Tekanan ekonomi membuatkan sistem ini makin diterima.

Namun semakin canggih, semakin banyak boleh dimanipulasi. Kes kehilangan tiga beranak wajar dijadikan peringatan buat semua yang memilih permainan kutu, jumlah yang banyak boleh menyebabkan seseorang itu gelap mata.

Kutu moden seperti ini tidak ubah seperti menjerat diri dalam dunia penipuan atau scammer.
Malah ada yang menyatakan ia topeng kepada skim cepat kaya. Selagi wang itu bernilai, selagi itu pelbagai cara digunakan untuk memanipulasi.

The post Ibu kutu gelap mata, pemain merana appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved