Baru-baru ini, Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik yang maut dipercayai akibat dibunuh, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6 sering berkongsi video dan gambar dengan arwah di media sosialnya.
Menerusi akaun Instagram, Ismanira memuat naik foto arwah Zayn dan terbaru, dia meluahkan perasaan terlalu rindu terhadap kanak-kanak berkenaan.

Dalam pada itu, ibu kepada arwah kanak-kanak autistik itu berkongsi penulisan di Instagram story menyatakan rindu pada orang yang sudah tiada sangat menyakitkan.
Rindu yang paling sakit adalah rindu pada orang yang telah tiada.
Di ruangan komen pula, rata-rata netizen mendoakan agar keluarga mereka mendapat keadilan dan pelaku yang sedang diburu polis akan tertangkap jua.
Bukan itu sahaja, orang ramai turut berasa sebak apabila Ismanira berkongsi foto lama dan meluahkan perasaannya di atas pemergian Zayn Rayyan.

Terdahulu, susulan kes Zayn Rayyan pasukan Forensik Polis PDRM dilihat membawa dua kotak besar keluar selepas melakukan pemeriksaan rumah ke rumah di Blok R Apartmen Idaman, Damansara Damai.
Kredit: Instagram
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Netizen ni nampak artis berniaga je cakap takde job. Apa salahnya dia nak jual nasi ayam dan cari rezeki lebih kan? OhTrending FayeKusairi nasiayam

