Ibu Lupa Hantar Anak Ke Taska, Bayi 8 Bulan Maut Selepas 10 Jam Ditinggalkan Dalam Kereta

6 Oct 2023 • 1:18 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Salam takziah diucapkan buat keluarga mangsa

Ibu Lupa Hantar Anak Ke Taska, Bayi 8 Bulan Maut Selepas 10 Jam Ditinggalkan Dalam Kereta. Ibu Lupa Hantar Anak Ke Taska, Bayi 8 Bulan Maut Selepas 10 Jam Ditinggalkan Dalam Kereta.

Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan maut selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam kereta di tempat letak kenderaan, Hospital Canselor Tunku Muhriz (HCTM), Cheras.

Ketua Polis Daerah Cheras, Zam Halim Jamaluddin berkata, pada 5.53 petang, Pegawai Perubatan HCTM Cheras menerima laporan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan bulan dalam keadaan tidak sedarkan diri dari tempat letak kenderaan.

image is not available
Ibu Lupa Hantar Anak Ke Taska, Bayi 8 Bulan Maut Selepas 10 Jam Ditinggalkan Dalam Kereta. Kredit: CARI

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia pada hari sama.

“Hasil siasatan awal mendapati pada 7.20 pagi, ibu mangsa meletakkan mangsa di bahagian belakang penumpang sebelah kiri dalam kereta untuk dihantar ke taska.

“Bagaimanapun, ibu mangsa terus memandu keretanya ke tempat kerja dengan anggapan mangsa sudah dihantar ke taska,” katanya dalam kenyataan hari ini.

image is not available

Zam berkata, ibu mangsa yang juga seorang doktor di hopsital tersebut hanya menyedari mangsa masih berada dalam keretanya pada petang hari yang sama selepas dimaklumkan oleh suaminya bahawa mangsa tidak dihantar ke taska.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu pengabaian terhadap kanak-kanak.

“Sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini, orang ramai boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan,” katanya.

Baca lagi artikel menarik: