Ibu Mengamuk Lempar Barang Sebab Anak Halang Keluar Pergi Bank – “Dia Nak ‘Transfer’ Duit Dekat Scammer”

LocalEntertainment
30 Dec 2024 • 5:17 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular video di TikTok memaparkan seorang wanita melemparkan barangan rumah kerana dikatakan hilang pertimbangan selepas dihalang keluar oleh anak untuk ke sebuah pasar raya.

Rakaman itu dikongsikan @yaisyahaha yang berkata ibunya hilang pertimbangan dan bertindak melemparkan semua barangan di kediaman keluarga itu sebagai tanda protes apabila tidak dibenarkan keluar.

Ternyata dia bukanlah sengaja menghalang ibunya keluar sebalinya tindakan tersebut adalah bagi menghalang wanita berkenaan pergi ke bank di pasar raya itu untuk memasukkan wang ke dalam akaun ‘scammer’.

Dia kata saya kurung dia, walhal risau dia jalan bersendirian. Inilah hasil umi mengamuk hari ini, seolah-olah dipukau minda sampai tidak boleh fikir yang mana betul yang mana salah.

image is not available

Gambar hiasan

Bagaimanapun dia akhirnya terpaksa akur menghantar ibunya ke pasar raya itu selepas wanita tersebut mengugut mahu mencederakan diri dengan gunting.

Bukan tak nak bawa, tapi sebab umi nak pergi bank dan masukkan duit dekat ‘scammer’. Sekarang ini banyak dah hutang umi buat dengan orang tak dikenali sebab nak bagi ‘scammer’. Kami anak-anak umi tak kaya, cari duit untuk senangkan umi. Tapi, umi senangkan ‘scammer’.

Sementara itu, ruangan komen dipenuhi dengan pelbagai respon daripada netizen dan ada yang menceritakan pengalaman ahli keluarga mereka ditipu oleh scammer.

image is not available

image is not available

Ada yang berkongsi tentang modus operandi ‘scammer’ pukau menerusi panggilan telefon dan ada juga ‘scammer’ yang menipu dengan menjanjikan keuntungan saham pelaburan berjuta-juta.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

image is not available 24 hours ago

Wanita Ini Berjaya Dapatkan Semula Duitnya Daripada ‘Scammer’ Selepas Ditipu Menerusi Instagram, Ini Caranya...