“Ibu Meninggal Kerana Kanser Payudara, Saya Juga Disahkan Hidap Penyakit Sama” – Kisah Wanita Ini ‘Buka Mata’ Orang Ramai

Family & Parenting
17 Jul 2023 • 12:29 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Setiap manusia di dunia tidak akan dapat lari dari ujian dan kisah seorang wanita berbangsa Cina yang bernama Annie yang kekal setia menjaga ibu tercinta melawan penyakit kanser payudara sewaktu MCO sememangnya membuka mata ramai pihak.

image is not available

Tidak cukup dengan itu, kanser yang dihadapi oleh ibu mula merebak secara agresif di seluruh badan hinggalah ke bahagian otak dan sewaktu MCO, Annie memberitahu ibu alami sakit kepala berterusan, tambah pula ketika itu rakyat dilarang keluar dari rumah.

Beberapa bulan selepas itu, ibu Annie pergi tinggalkan anak perempuan buat selamanya dan tidak berakhir di situ, sewaktu dalam fasa sedih kerana kehilangan ibu tercinta, Annie alami sakit yang luar biasa di dadanya.

image is not available

Alangkah terkejutnya wanita terbabit selepas doktor mengesahkan diri menghidap kanser payudara sama seperti ibunya.

Kerana sudah menjaga ibu sewaktu sakit untuk tempoh yang agak lama, Annie sudah terbiasa dengan perjalanan hidup yang sukar. Bagaimanapun, Annie tidak dapat menafikan bahawa dirinya hampir putus asa dan tidak kuat, lagi-lagi apabila dia mula kehilangan rambut.

image is not available

Untuk mengatasi masalah itu, Annie mula memakai selendang serta topi tetapi wanita itu berasa kecewa kerana pilihan sangat terhad dan mula dari situ dia mula mendapat idea untuk membuat perubahan.

Pada masa itu, saya memutuskan untuk mencipta barisan topi dan selendang untuk pesakit kanser (jenama Miyaco) dengan tujuan membawa fesyen dan keselesaan kepada mereka yang menghadapi cabaran yang sama.

image is not available

Tambahannya lagi, perjalanan hingga ke hari ini tidak akan terjadi tanpa sokongan daripada suami dan memberitahu lelaki terbabit sama sekali tidak pernah tertinggal hadir dalam sesi kimoterapi ataupun rawatan hospital.

image is not available

Kini, wanita bernama Annie telah pun bebas dari penyakit kanser dan memberi nasihat untuk orang ramai mendapatkan rawatan awal serta kekal positif dalam segala ujian yang dihadapi.

image is not available 12 months ago

"Mak Kanser Stage 4, Ayah COVID-19 Kategori 5.." - Jadi Ketua Keluarga Di Usia 18 Tahun, Gadis Luah Perasaan