
Ibu Menteri Besar Kedah Meninggal Dunia
Ibu kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, telah meninggal dunia pada Khamis di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.
Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Muhamad Mat Yakim, melalui pesanan WhatsApp kepada pemberita.
“Al-Fatihah. Bonda Menteri Besar Kedah, Meriam Ahmad, telah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 9.40 pagi di Hospital Sultanah Bahiyah.
“Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan di doakan semoga roh Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang beriman,” katanya.
Difahamkan, urusan pengebumian dan solat jenazah dijangka disempurnakan selepas solat Asar di Masjid Sungai Pau, Sik.
Sebelum ini, Allahyarham dilaporkan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSB sejak Isnin selepas mengalami serangan jantung di rumahnya di Sik.
Muhammad Sanusi memaklumkan bahawa ibunya telah dibawa ke Hospital Sik untuk pemeriksaan awal sebelum dipindahkan ke HSB pada hari yang sama.
Sumber: Astro Awani
The post Ibu Menteri Besar Kedah Meninggal Dunia appeared first on Siakap Keli.


