
PEMPENGARUH dan ahli perniagaan terkenal menjadi tular selepas timbul dakwaan mengejutkan berkaitan isterinya, yang kini dilaporkan mengalami komplikasi susulan pembedahan.
Menurut ahli keluarga wanita berkenaan, ibu kepada dua cahaya mata itu dipercayai menjalani pembedahan potong usus atau bariatrik yang dikaitkan dengan promosi produk ubat kurus milik perniagaan pempengaruh berkenaan.
Difahamkan, pembedahan yang berisiko tinggi itu telah menjejaskan kesihatan wanita tersebut.

Lebih menyedihkan, keluarga isteriya mendakwa tidak dibenarkan menemui anak mereka di hospital, malah cubaan untuk berhubung dengan pihak hospital turut dihalang.
“Ia amat membimbangkan, kami hanya mahu memastikan keselamatan anak tetapi dihalang menemuinya,” kata ahli keluarga menerusi video yang tular di laman sosial TikTok.
Perkongsian berkenaan menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet di mana ramai turut mempersoal motif sebenar di sebalik pembedahan berisiko tinggi tersebut.
Selain itu, tinjauan di bahagian komen mendapati ramai netizen meluahkan rasa simpati kepada si isteri, di samping menyuarakan kebimbangan terhadap tahap keselamatannya.
Setakat ini, pempengaruh berkenaan dan keluarga kedua-dua pihak masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.
Sumber: TikTok
Pembedahan Bariatrik: Dari 5XL Ke L…
Macam dah jadi trend pula apabila semakin ramai yang gemar untuk mencuba melakukan pembedahan bagi tujuan menguruskan badan lebih-lebih lagi apabila acap kali keluarnya berita tentang selebriti yang berisi kemudian kembali langsing selepas melakukan pembedahan bariatrik atau potong perut/usus, ramai yang teruja nak buat pembedahan serupa. Bukan apa, proses nak kurus dikatakan lebih cepat dan pantas daripada berdiet sakan atau melakukan senaman.
Namun, persoalannya apakah ciri-ciri yang melayakkan seseorang melakukan pembedahan tersebut? Apa cerita orang yang dah kurus pun nak lakukan bariatrik juga? Adakah ia dibolehkah atau mendatangkan lebih banyak risiko atau bagaimana?
Ikuti perincian lanjut mengenai perkara ini dalam siri Doktor & Anda (DNA), bersama Dr Kirubakaran Malapan, Pakar Bedah Am, Bariatrik, Payudara dan Endokrin dari Hospital Gleneagles Pulau Pinang.
Tonton siri penuh melalui:
Facebook Sinarplus: https://bit.ly/38GWnfO
Youtube: https://bit.ly/3yQMdDU
#DoktorDanAnda
#DNA
#Sinarplus
">
