Ibu muda bersama bayi yang dilaporkan hilang ditemukan selamat

13 Jan 2025 • 5:26 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SEREMBAN: Ibu muda yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah bersama bayi perempuannya berusia dua bulan di Felda Sungai Kelamah, di sini pada Jumaat lepas, ditemukan selamat di Melaka.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Amiruddien Sariman, menerusi kenyataan di sini hari ini, berkata Nurul Asmiera Kardi, 22, membuat laporan di Balai Polis Sungai Udang Melaka semalam, memaklumkan bahawa dirinya dan anak berada dalam keadaan baik serta sihat.

Wanita itu juga memaklumkan, dia keluar dari rumah keluarganya dengan rela hati dan tanpa paksaan sesiapa.

Pada Sabtu lepas, Bernama melaporkan kehilangan Nurul Asmiera bersama bayinya susulan laporan polis dibuat ibunya pada 5.48 pagi Jumaat, yang bimbang dengan keselamatan dua beranak itu.