Ibu muda gigih cari rezeki hantar makanan jalan kaki, menangis terima hadiah motosikal jentik hati warganet

Family & Parenting
15 Nov 2022 • 11:08 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

KEGIGIHAN seorang wanita muda berstatus ibu tunggal menjentik hati apabila sanggup berjalan kaki menghantar makanan untuk mencari rezeki.

Wanita cekal yang dikenali sebagai Amy Shuhadah, 23 tahun dikatakan berstatus yatim. Tidak hanya menghantar makanan, ibu kepada seorang cahaya mata itu turut bekerja secara sambilan di restoran.

Wanita berkenaan dikatakan sudah berpisah dengan suami dan ia masih proses mahkamah.

Kesukaran hidup yang dilalui wanita itu mendapat perhatian daripada aktivis masyarakat, Ebit Lew yang memberikan hadiah motosikal model Yamaha Y15ZR bagi memudahkan Amy mencari rezeki.

image is not available

“Terharu tengok adik ni muda lagi cari rezeki berjalan sana-sini. Bersabarlah diuji, pada usia muda dengan ujian begini. Insya-ALLAH disebalik ujian dan kesusahan kerana Allah sayang kita,” titip Ebit.

Amy dilihat sebak dan menitiskan air mata apabila melihat hadiah motosikal beada di depan mata. Apatah lagi beliau difahamkan sedang menabung untuk membeli kenderaan itu.

“Katanya sudah lama ingin jumpa saya. Hari-hari tengok ustaz suka tolong orang. Tiba-tiba ALLAH jumpakan di sini. Selalu doa hendak jumpa. Jumpa pun syukur sangat.

“Tidak sangka beri hadiah begini. Saya memang tengah kumpul duit nak cari rezeki beli motor untuk cari rezeki. Semoga ALLAH jaga adik ini menjadi wanita solehah dan anaknya menjadi anak yang baik serta hebat,” luah Ebit.

image is not available

Warga maya rata-rata tersentuh dengan perkongsian aktivis dermawan itu.

image is not available

-“Ya ALLAH semoga dikurniakan wanita dan anak kecil ni rezeki seluas langit, rezeki yg berkat dan baik.”

-“Ya ALLAH, lindungilah adik ini dan anaknya, kurniakanmereka rezeki yang tidak pernah surut.”

-“Semoga ALLAH selalu lindung wanita ini dan anaknya dari disakiti, dianiaya orang, malapetaka, musibah dan daripada orang yang ingin mengambil kesempatan.”

-“Cantiknya awak, anak pun comel. Orangnya mesti kuat besar ujiannya, Semoga segala urusan dimudahkan, murah rezeki dan dilindungi ALLAH.”

Malah ada dalam kalangan warga maya yang ingin menawarkan wanita itu bekerja sebagai model.

– “Cantik adik ini, kalau baca mesej boleh direct message (DM) kami nak upah beliau menjadi model. Boleh hubungi melalui DM insya-ALLAH.”

Sumber: Ebit Lew

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi