Ibu murid tulis surat kepada ustaz, minta nasihatkan anak yang baru kehilangan bapa

LocalFamily & Parenting
31 Dec 2024 • 3:29 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Ibu murid tulis surat

Ibu murid tulis surat kepada ustaz meminta bantuan untuk memberikan sedikit nasihat serta kata-kata semangat kepada anaknya yang sudah kehilangan bapa tersayang.

Menerusi video yang dikongsi oleh syafiqalsukri di platform TikTok, dia telah didatangi murid lelaki yang meminta bantuan membacakan surat yang dikirim ibu kepada ustaz.

@shafiqalsukri

Adik hg anak yang baik dik.. Abah hg bangga ngan hg.. harini hg dapat bultikan yang hg anak yang terbaik.. ingat pesan abang chik dekat hg.. jaga mak elok elok.. jaga hubungan dengan Allah.. maaf abang chik x dapat luang masa banyak dengan kamu semua..

♬ original sound - Aki Seruling - AKI Seruling

Ibu murid tulis surat kepada ustaz, jelaskan bapa anaknya baru meninggal

Kanak-kanak tersebut meminta bantuan pengguna TikTok tersebut membacakan surat berkenaan kerana tidak berapa mahir membaca tulisan berangkai yang ditulis ibunya.

Apa yang membuatkan ramai sebak adalah pesanan daripada ibu tersayang yang meminta ustaz menasihatinya memandangkan murid tersebut baru sahaja kehilangan bapa tersayang.

“Muhamad Shamim ni baru kehilangan abah, jadi masih dalam kesedihan

“M. Shamim tidak boleh menerima kehilangan abah lepastu dia kena duduk di asrama. Harap dapat beri kata-kata semangat, dia tidak banyak bercakap,” tulisnya.

 

Ibu murid tulis surat kepada ustaz, bersyukur sangat anak dalami ilmu agama

Dalam pada itu, ibu murid tersebut juga meluahkan rasa syukur kerana sepanjang berada di asrama, anaknya sudah mula menghafal beberapa ayat al-Quran dan memperoleh lebih banyak ilmu agama.

Dia juga berharap dapat mendoakan yang terbaik buat anak tersayang diakhir surat yang ditulis tangan itu.

image is not available

Air mata bertakung bila dapat tahu isi kandungan surat

Dapat dilihat kanak-kanak tersebut menitiskan air mata sewaktu mengetahui isi kandungan surat yang ditulis sendiri ibunya kerana berasa sedih dengan apa yang diucapkan.

Walau bagaimanapun, dia kelihatan kuat dan tabah apabila mengatakan hanya berasa sedih sedikit sahaja walaupun air matanya bertakung di kelopak mata dan akhirnya menitis juga.

image is not available

Kalau nak nangis dik, nangis sahaja tau

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen di media sosial yang mana rata-rata akui sebak mendengar isi surat yang dikirim ibu murid tersebut.

Mereka juga mendoakan agar Muhamad Shamim terus diberi kekuatan dan terus menjadi anak yang soleh buat ibu dan bapa.

image is not available

Semoga Muhamad Shamim jadi anak yang soleh

image is not available

 

Tengok pun rasa sebak sangat!

image is not available

Adik ni menangis sikit, kita yang menangis banyak

image is not available

Semoga membesar menjadi anak yang berbakti kepada orang tua dan salam takziah diatas kehilangan bapa tersayang.

Sumber: TikTok syafiqalsukri