Ibu Negara Baharu Indonesia Terima Pelaburan US$3.5 Bilion – Presiden

LocalBusiness & Finance
13 Aug 2024 • 2:19 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ibu Negara Baharu Indonesia Terima Pelaburan US$3.5 Bilion – Presiden

JAKARTA, 12 Ogos (Bernama-Xinhua) — Presiden Indonesia Joko Widodo pada Isnin berkata ibu kota baharu negara itu, Nusantara, telah menerima pelaburan sebanyak 56.2 trilion rupiah (kira-kira US$3.5 bilion).

“Setakat hari ini, pelaburan yang telah diterima untuk ibu kota baharu adalah sebanyak 56.2 trilion rupiah,” kata Widodo semasa Mesyuarat Kabinet pertama diadakan di Nusantara, yang disiarkan di saluran rasmi dalam talian.

Angka ini tidak termasuk belanjawan negara yang digunakan untuk membina bangunan kerajaan dan kemudahan awam lain.

Sebanyak 55 pelabur telah memulakan pembinaan premis perniagaan dalam sektor seperti perbankan, penjagaan kesihatan, runcit, tenaga, perhotelan, logistik, dan perumahan.

Seorang daripada pelabur berkenaan ialah Prabowo Subianto, seorang ahli perniagaan dan presiden terpilih yang dijangka mula memegang jawatan pada Oktober.

“Saya optimis bahawa dalam tempoh empat hingga lima tahun, kota ini akan berfungsi dengan lebih baik sebagai ibu kota negara,” kata Prabowo.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved