
Majlis Perkahwinan Siti Suraya binti Hamdan dan Muhammad Luqman Akil bin Nordin di Lobi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya sempena perayaan menyambut Hari Malaysia pada 16 September, 2023 laksana saperti suatu Hari Terbuka. Majlis ini dianjurkan oleh sanak keluarga Sarjan Hamdan Sirat dan isterinya, Puan Fauziah Aman Shah.
Tetamu Kehormat ialah ACP A. Asmadi Haji Abdul Aziz, Ketua Polis Daerah Putrajaya dan isteri serta Ketua-Ketua Bahagian IPD. Majlis turut dihadiri oleh keluarga dan saudara mara kedua-dua pengantin baru dari Putrajaya dan Kuala Terengganu, pemimpin-pemimpin masyarakat, jiran tetangga dan pegawai dan anggota serta keluarga IPD Putrajaya.
Dalam ucapan mengalu-alukan hadirin dan hadirat ke majlis tersebut, Sarjan Hamdan merakamkan penghargaan keluarga beliau kepada pengurusan tertinggi IPD Putrajaya kerana membenarkan untuk pertama kalinya suatu majlis perkahwinan berlansung di Lobi IPD dan persekitarannya. “Ramai tetamu amat teruja melawat komplek IPD Putrajaya dan dapat suai-kenal dengan Ketua Polis dan Ketua-Ketua Bahagian dan Balai sambil menjamu selera dengan masakan kampong serta menyaksikan persembahan anak-anak."
Ramai jemputan yang pada mulanya ragu-ragu untuk menghadiri majlis bersama keluarga di IPD yang diketahui rapi pemeriksaan keselamatan oleh anggota bertugas bagi orang awam yang masuk dan keluar komplek. Akan tetapi Sarjan Hamdan dan keluarganya yang bermastautin di kawasan perumahan awam Putrajaya dan aktif melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan kemasyarakatan menjadikan tarikan untuk jiran tetangga dan rakan-rakan memenuhi jemputannya. Inilah suatu bukti “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”.


Masyarakat yang julung-julung kali menghadiri majlis di perkarangan komplek IPD Putrajata telah menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Ketua Polis Daerah dan seluruh warga Polis Drraja Malaysia (PDRM) atas khidmat dan jasa yang dicurahkan dalam memikol amanah dan tanggungjawab memelihara keamanan negara dan rakyat Malaysia. Sepanjang pandemik mula melanda sehinggalah fasa endemik, pihak PDRM telah melaksanakan pelbagai tugasan penting demi keselamatan masyarakat.
Haji Roslan, pesara Malaysia Airlines yang masakini merupakan seorang pemimpin masyarakat yang aktif dan sentiasa prihatin di Presint 8, telah menyatakan bahawa “Kesedaran masyarakat di Putrajaya begitu tinggi dan mereka banyak membantu dengan memberi maklumat kepada polis tentang sesuatu kegiatan jenayah di kawasan kediaman mereka. Sesungguhnya, rakyat berasa bersyukur dengan kecermelangan dan keprihatinan PDRM menjalinankan kerjasama dengan NGO dan pelbagai persatuan penduduk di Putrajaya."
Zulkifly Baharom adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.


