Ibu Pemain Liverpool Luis Diaz Selamat Dari Insiden Penculikan, Bapa Pula Masih Hilang

Football
29 Oct 2023 • 12:46 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Presiden Colombia Gustavo Petro memaklumkan yang ibu kepada pemain pasukan bolasepak kelab ternama Inggeris, Liverpool iaitu Luis Diaz berjaya diselamatkan dari insiden penculikan.

Ibu telah berjaya diselamatkan

Memetik laporan dari Mail Online, Pejabat peguam Colombia memaklumkan yang mereka telah mengumpulkan sepasukan penyiasat untuk mencari ibu dan bapa Luis di Barrancas iaitu sebuah bandar di wilayah La Guajira di utara Colombia.

Walau bagaimanapun, bapa kepada pemain bolasepak berusia 26 tahun itu masih lagi hilang sedangkan ibunya telah ditemui.

image is not available

Pihak polis negara terbabit mengesahkan bahawa telah berjaya menemui ibu pemain Liverpool berkenaan, Cilenis Marulanda dan mangsa sudah berada bersama pengarah, William Rene Salamanca.

Bapa Luis Diaz masih lagi belum ditemui

Mereka juga sedang giat melakukan siasatan dan sedang mengesan keberadaan suspek yang dipercayai melakukan serangan dengan bermotosikal serta bapa kepada Diaz.

Media tempatan telah berkongsi keadaan dihadapan rumah keluarga Diaz dengan kehadiran pihak berkuasa sejurus selepas insiden penculikan tersebut berlaku..

 

Untuk rekod, pemain sayap Colombia itu telah menandatangani perjanjian jutaan ringgit Januari 2022 lalu bersama Kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool.