Ibu sebak umum majlis kahwin anak lelaki diganti doa selamat – “Calon isteri batal last minute”

LocalEntertainment
1 Oct 2024 • 6:27 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Ibu sebak umum majlis

Tular di media sosial, seorang ibu sebak umum majlis perkahwinan anak lelakinya tidak dapat berlangsung apabila calon isteri menarik diri pada saat-saat akhir.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pengantin lelaki yang dikenali sebagai Adam di laman TikTok, dapat dilihat ibunya menangis ketika memberitahu kepada tetamu yang hadir bahawa pihak pengantin perempuan telah membatalkan perkahwinan beberapa hari sebelum majlis berlangsung.

Ibu sebak umum majlis

@ibumateenanaqi

Replying to @Diana.Azmi Adam akan explain sendiri bila masanya tiba. but ini adalah 1% from the story. adam strong walaupun semua yang hadir hampir menitiskan air mata

♬ original sound - ibumateenanaqi - ibumateenanaqi

“Dengan berat hati saya dan keluarga ingin memberitahu, atas sebab-sebab tertentu, pengantin perempuan telah membatalkan perkahwinan ini pada saat akhir, yang mana segala persiapan majlis di sebelah kami telah pun siap sepenuhnya,” kongsinya.

Bagaimanapun, keluarga Adam enggan untuk membatalkan majlis tersebut memandangkan pelbagai persiapan sudah dibuat.

Susulan itu, Adam membuat keputusan untuk menggantikan hari bahagianya itu dengan majlis doa selamat yang diketuai oleh ustaz dan anak-anak maahad tahfiz.

image is not available

“Saya tidak dapat membatalkan majlis kepada jemputan kerana ketika itu saya tidak mempunyai kekuatan.

“Saya juga tidak mampu untuk menjawab setiap soalan yang akan ditanya oleh jemputan.

“Jadi, saya mengambil keputusan untuk meneruskan majlis ini memandangkan persiapan telah dibuat dan pada masa sama, saya perlu memberitahu sendiri dalam majlis ini nanti.

“Saya dan keluarga telah mengadakan majlis doa selamat pagi tadi diketuai oleh ustaz dan anak-anak maahad tahfiz,” katanya.

Ibu sebak umum majlis

image is not available

image is not available

Netizen turut sebak, kasihan dengan Adam

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati terhadap nasib menimpa keluarga Adam yang terpaksa menanggung malu disebabkan oleh perbuatan tidak bertanggungjawab pihak pengantin perempuan.

image is not available image is not availableimage is not availableimage is not available

Netizen cadang saman pihak pengantin perempuan

Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen yang mencadangkan supaya keluarga Adam mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak pengantin perempuan untuk memberi pengajaran kepada mereka.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Sumber: TikTok @Demflacco