Ibu Sedih Tak Mampu Belikan Anak Squishy, Tapi Terpujuk Lepas Ramai Puji Si Kecil Pandai DIY Sendiri [Video]

Family & Parenting
19 Aug 2026 • 12:53 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang ibu dikenali sebagai Kak Chah berkongsi kisah anaknya yang berdikari dan tidak mengeluh meskipun tidak dapat mainan squishy viral yang diinginkannya.

Menurut Kak Chah, dia tidak mampu membelinya kerana kurang berkemampuan.

“Titik terendah seorang ibu. Anak minta belikan squishy tapi mahal sangat,” luahnya.

Anak Tidak Mengeluh, Tapi Tampil Buat Squishy Sendiri Mengikut Kreativiti

Apa yang mengharukan, perkara itu tidak mematahkan semangat si kecil untuk bermain squishy, sama seperti kanak-kanak lain. Jelas si ibu, ini kerana anaknya telah menghasilkan squishy Do-It-Yourself (DIY) buatannya sendiri.

Menerusi video tersebut, kelihatan anaknya telah menghasilkan pelbagai jenis squishy bermacam-macam saiz dan warna. Ada bentuk blok mentega, bungkusan snek strawberi dan banyak lagi.

“Anak tak merajuk. Dia tak marah, tak merengek. Selalu duduk dalam bilik diam-diam. Rupa-rupanya buat sendiri squishy dia,” tambahnya lagi di ruangan kapsyen.  

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Kagum Si Ibu DIY Katil Bayi Jadi Sofa Lepas Lihat Anak Buat Kabinet Jadi Tempat Duduk [Video]

“Semoga Jadi Manusia Yang Sentiasa Pandai Cari Solusi” – Netizen

Perkongsian Kak Chah nyata menarik perhatian netizen yang mana rata-rata memuji sikap anak yang berdikari tanpa meminta-minta si ibu membelikan squishy baharu.

“Dia sangat kreatif! Hargai sangat usaha dia. Semoga dia menjadi manusia yang pandai cari solusi bagi setiap masalah,” kata seorang pengguna Therads.

Malah ramai juga yang memberikan kata-kata semangat kepada si ibu selain berkata membuat squishy sendiri boleh meningkatkan daya kreativiti si kecil.

Jelas ramai netizen, squishy yang dihasilkan sendiri adalah jauh lebih baik berbanding squishy yang dijual di pasaran kerana pembeli sukar untuk mengesahkan sama ada kandungan yang digunakan bagi permainan tersebut benar-benar selamat atau pun tidak.

“Nampak Biasa Tapi Sebenarnya Sel-sel Otak Anak Berhubung” – Netizen

Sementara itu, seorang wanita berkata tindakan anak tersebut yang memikirkan penyelesaiannya sendiri sebenarnya membantu menghubungkan sel-sel otak.

“Ni adalah salah satu daripada banyak tertinggi seorang anak pada ketika dia menerima ‘no’ dalam hidup dia dan fikirkan solusi sendiri. Inilah bukti, otaknya sedang menjalankan apa yang sepatutnya berlaku untuk kanak-kanak umurnya.

“Saya yakin banyak lagi momen begini yang berlaku dalam rumah puan sebelum ni. Mungkin nampak biasa tapi sebenarnya sel-sel otaknya aktif berhubung,” kata seorang wanita.

Permainan Squishy Pernah Jadi Kegilaan Kanak-kanak Pada Tahun 2016

Sebenarnya ramai anak kecil yang menggunakan tepung, slimey atau span tilam sebagai isi squishy berkenaan. Yang jadi mangsa? Mestilah tilam ibu ayah di rumah .

Tetapi menurut Kak Chah, anaknya itu telah menggunakan pembungkus gelembung (bubble wrap), memang kreatif!

Kalau anda nak tahu, permainan squishy yang terdiri daripada pelbagai karakter ini pernah menjadi satu fenomena dalam kalangan kanak-kanak sekitar tahun 2016 hingga 2018. Namun selepas sedekad, squishy ini kembali menjadi rebutan dan koleksi anak-anak Gen Z serta Alpha.

“Titik Rendah Ekonomi, Titik Tinggi Kreativiti (anak)” – Ibu

Jelas Kak Chah, dia tidak lagi berasa sedih kerana tidak dapat membelikan anaknya squishy baharu selepas mengetahui ramai kanak-kanak menghasilkan squishy DIY mereka sendiri yang mana ia juga boleh dikategorikan sebagai satu trend juga.

“Titik rendah ekonomi. Titik tinggi kreativiti,” katanya kepada salah seorang netizen.

Berikut antara komen-komen netizen:

Image from: Ibu Sedih Tak Mampu Belikan Anak Squishy, Tapi Terpujuk Lepas Ramai Puji Si Kecil Pandai DIY Sendiri [Video]

Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: Bahaya Slime! Ibu Bapa Tolong Alert

Baca Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak Selfie Sendiri Selepas Menang Badminton Terima Hadiah Raket & Kasut Baharu [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Raising A Man”- Ramai Puji Ibu Latih Anak Lelaki Usia 5 Tahun Mengemas & Memasak [Video]

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved