Ibu ‘Speechless’ Anak Gunting Empat Keping RM10, Bila Ditanya… – “Cikgu Suruh Bawa Bunga Rafflesia Esok…”

EntertainmentFamily & Parenting
24 Jul 2024 • 1:18 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pemikiran kanak-kanak tidak dinafikan di luar jangkaan orang dewasa apatah lagi saat sel otak mereka sedang berhubung. Namun, ia adalah petanda yang sihat dan membuktikan kanak-kanak itu bijak.

Bagaimanapun, tindakan bijak di luar jangkaan itu juga kadang kala membuatkan orang dewasa tertawa atau ada juga yang menjadi speechless.

 

Anak gunting duit Rm10

Menerusi hantaran di Facebook, ibu itu menunjukkan not RM10 berkenaan sudah dipotong di bahagian bunga Rafflesia.

Difahamkan, dia ternampak anaknya menggunting duit tersebut dan ketika itu kanak-kanak terbabit sudah pun selesai dengan guntingan yang ke empat (4 keping RM10).

Ni baru guntingan ke empat, mak dah naik hantu. Kalau 5 keping dah RM50 anak ooiii.

image is not available

 

Rupanya sebab…

Rupa-rupanya ada sebab di sebalik mengapa anaknya menggunting wang kertas terbabit dan jawapannya membuat si ibu tidak terkata.

Cikgu pesan bawa 5 keping gambar bunga Rafflesia esok.

image is not available

Hantaran itu mendapat perhatian dan mencuit hati pengguna Facebook. Rata-ratanya berkata pemikiran anaknya itu menandakan dia seorang yang bijak.

image is not available 10 months ago

(VIDEO) "Takut Reput Ja Muka Hang" - Gelagat Che Ta Tegur Aaisyah 'Bersiap' Sebelum Tidur Jadi Tumpuan Netizen