Ibu Tahu Anak Perempuan Diperkosa Bapa Tiri, Tapi Berdiam Diri Sebab Sayang Suami Baru

11 Sep 2023 • 9:37 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Bapa tiri sanggup rogol anak tiri, ibu kandung pula bela suami baru

Ibu Tahu Anak Perempuan Diperkosa Bapa Tiri, Tapi Berdiam Diri Sebab Sayang Suami Baru. Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dipercayai dirogol oleh bapa tirinya, malah ibu kandungnya mengetahui kes tersebut namun memilih untuk berdiam diri.

Menurut laporan, peguam yang bertugas, Muhammad Ari Pratomo mengatakan bahawa mangsa telah dirogol oleh bapa tirinya yang berusia 40 tahun dari 2020 hingga April 2023.

image is not available
Gambar hiasan. Sumber: cari

Dirogol beberapa kali semasa tidur

Dalam pada itu, gadis itu mendakwa bapa tirinya merogolnya ketika dia sedang tidur dengan beberapa kali. Kejadian dipercayai berlaku di rumah mereka di Jakarta Timur, Indonesia.

Memaklumkan kepada bapa kandungnya mengenai perkara jijik itu

Susulan itu, mangsa yang tidak tahan kemudiannya mendedahkan perkara keji tersebut kepada bapa kandungnya. Bahkan dia meminta bapa kandungnya mengambilnya di rumah dan enggan lagi tinggal bersama ibu serta bapa tirinya.

Menurut peguam itu, apa yang lebih menyedihkan, ibu Mawar menyedari kejadian itu tetapi memilih untuk membela dan mempertahankan suami baharunya.

“Kagum ibu kandungnya masih membela suaminya daripada anak kandungnya. Itu yang kami kesal,” kata Ari pada menurut sumber.

image is not available
Gambar hiasan. Sumber: thestar

Malah, bapa tiri masih bebas sehingga ke hari ini, kerana ibu mempertahankan suami baru

Laporan polis tentang kejadian itu dibuat pada 16 Mei lalu, namun sepanjang proses perundangan sehingga ke hari ini, ibu kandung Mawar nampaknya tidak membela anaknya.

Bukan itu sahaja, difahamkan bapa tirinya juga masih bebas dan belum ditahan sehingga ke hari ini.

Baca juga artikel yang berkaitan: