Seorang ibu temui ajal ketika dalam perjalanan ke Hospital Jitra bagi menghantar anak lelakinya yang cedera akibat terjatuh daripada motosikal.
Memetik laporan Harian Metro, mangsa yang memandu Perodua Axia asalnya ingin membawa anak lelaki ke Klinik Kesihatan Changlun. Bagaimanapun, klinik berkenaan tidak beroperasi berikutan cuti hujung minggu.
Berkemungkinan panik melihat keadaan anaknya, wanita berkenaan bergegas ke Hospital Jitra sebelum terbabit dalam nahas berkenaan.
Difahamkan kereta dipandunya terlanggar lori di persimpangan lampu isyarat Hosba, di sini, hari ini.

Ibu temui ajal ketika dalam perjalanan bawa anak
Menurut laporan, mangsa dipercayai masih bernyawa ketika dibawa ke hospital, namun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Jitra, manakala anaknya hanya mengalami kecederaan akibat kemalangan sebelumnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Asisten Komisioner Mohd Redzuan Salleh, berkata kemalangan jam 2 petang itu membabitkan sebuah lori jenis Isuzu dengan Perodua Axia.
Katanya, lori dari Jitra ke Kubang Betong itu dipercayai ingin membelok ke kanan di persimpangan lampu isyarat Hosba ketika lampu isyarat hijau.
“Ketika itu, Perodua Axia dipandu warga emas berusia 69 tahun itu bersama anak lelakinya yang berusia 47 tahun datang dari arah bertentangan dan tidak berhenti ketika lampu merah.
“Berikutan itu, kereta terbabit berlanggar dengan lori terbabit,”katanya, hari ini.

Kredit Foto: Carian Google | Sekadar Gambar Hiasan
Mohd Redzuan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sumber: Harian Metro (Zuliaty Zulkiffli)

![Peniaga Jual Baju Sekolah 3 Helai RM10, Mahu Bantu Keluarga Kurang Berkemampuan [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/business-and-finance.jpeg)

![[VIDEO] WhatsApp tak berbalas, rupanya adik maut bersama tiga bekas murid](https://cdn.newswav.com/img/topic/cars.jpeg)