Ibu terharu, cikgu tolak kerusi roda murid OKU sambil berlari ikut merentas desa

LocalFamily & Parenting
24 Feb 2025 • 6:32 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
cikgu tolak kerusi roda

Seorang ibu berasa terharu apabila melihat cikgu tolak kerusi roda anaknya yang merupakan murid kurang upaya (OKU) sewaktu menyertai merentas desa sekolah.

Menerusi perkongsian video yang di TikTok milik Adeela Shakila, dia akui tidak dapat menahan sebak apabila melihat seorang guru menyantuni anaknya yang istimewa agar sama-sama merasai pengalaman merentas desa seperti rakan-rakan yang lain.

@adeelashakila

Hari yg paling Adam tunggu2. Pngalaman ptama Adam. Dia sronok sgt. Msa dia lalu ibu xleh nk sorak dh kt dia. Sebak sgt2 terharu. Dia xpnah join mana2 sukan. Hnya mmpu tgk kwn2. Terima Kasih cg Fairus ats pngorbanan cg bgi peluang dan sudi tolak Adam. Hnya Allah mampu balas jasa cg #fypシ #ppki #cerebralpalsy #merentasdesa #padangterap

♬ UAK - amir_mior

cikgu tolak kerusi roda murid ikut merentas desa

Ujar wanita itu, hari tersebut adalah hari paling yang dinanti anaknya dikenali sebagai Adam kerana dapat menyertai sukan bersama rakan-rakan kerana sebelum ini dia tidak pernah melakukan perkata berkenaan.

Pengguna TikTok tersebut menyatakan Adam sangat teruja dan seronok sehingga dia sebagai ibu sebak melihat momen itu.

Hari yang paling Adam tunggu-tunggu. Pengalaman pertama Adam. Dia seronok sangat. Masa dia lalu ibu tak boleh nak sorak dah dekat dia. Sebak sangat-sangat.

“Terharu. Dia tak pernah join mana-mana sukan. Hanya mampu tengok kawan-kawan,” tulisnya.

cikgu tolak kerusi roda murid OKU, bagi pengalaman sama dengan kawan2

Adeela Shakila telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru berkenaan dikenali sebagai Cikgu Firdaus atas kebaikan yang dilakukan terhadap anaknya.

Dia juga berharap agar pengorbanan dan jasa cikgu tersebut dibalas oleh Allah S.W.T.

Terima Kasih Cikgu Fairus atas pengorbanan cikgu bagi peluang dan sudi tolak Adam. Hanya Allah mampu balas jasa cikgu,” ujarnya.

Terima kasih cikgu!

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan respon positif terhadap perkongsian yang cukup menyentuh hati itu.

Mereka juga berharap agar, urusan cikgu berkenaan dipermudah kerana memberikan senyuman kepada murid tersebut.

image is not available

Semoga segala urusan cikgu dipermudah

image is not available

Semoga Allah gandakan rezeki cikgu

image is not available

Semoga tindakan cikgu dapat memberi inspirasi kepada orang lain dan sama-sama menyantuhi mereka yang istimewa ini.

Sumber: TikTok Adeela Shakila