Ibu Terkilan Anak 8 Bulan Didera Pengasuh –  “Sampai Retak Kepala, Pendarahan Dalam Otak..”

Family & Parenting
18 Jul 2023 • 3:52 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang wanita telah meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan pengasuh yang didakwa mendera anak lelakinya yang baru berusia 8 bulan.

Menerusi bebenang di laman Twitter, wanita yang dikenali sebagai Nurin itu memaklumkan anaknya, Nifael telah mengalami retak dan pendarahan didalam otak dan kedua belah matanya atau Shaken Baby Syndrom.

Difahamkan, ibu bapa kanak-kanak berkenaan baru tiga minggu menghantar anaknya ke pengasuh namun mendapati anaknya mula kelihatan lesu dan mengalami muntah-muntah.

image is not available

image is not available

Tidak lama selepas itu, anaknya mula mengalami sawan di rumah pengasuh dan doktor yang merawatnya mendapati terdapat hentakan di kepala kanak-kanak berkenaan.

Result CT Scan ada pendarahn dalam kepala dan retak. Malam tu jugak doktor buat pembedahan keluarkan cecair dan darah dalam kepala.

Susulan itu, doktor telah mengesyaki terdapat penderaan di rumah pengasuh memandangkan ibu bapa memaklumkan kanak-kanak itu turut mempunyai lebam dan calar pada bahagian mulutnya.

image is not available

Bukan itu sahaja, kanak-kanak itu terpaksa menjalani tiga kali pembedahan untuk memasukkan tiub dari bahagian kepala sehingga perutnya.

Bagaimanapun, ibu kanak-kanak berkenaan kecewa kerana siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa agak memakan masa yang lama.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 20 hours ago

Anak Meninggal Dunia Setelah Cirit Birit 21 Kali, Ibu Kecewa Doktor Hanya Beri 3 Pek Air Garam - "Doktor Kata Tiada Dehidrasi"