Ibu terkilan, cikgu taska tak ‘inform’ mata anak dicucuk rakan sekelas

LocalFamily & Parenting
13 Jul 2023 • 12:18 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang ibu dikenali @n.pikaa2 meluahkan rasa terkilan apabila guru kelas tidak memaklumkan mengenai kejadian menimpa mata anaknya yang dicucuk oleh rakan sekelas sehingga terpaksa menjalani pembedahan.

Cikgu tahu tapi tak ‘inform’

Ibu muda berkenaan meluahkan perasaannya menerusi platform TikTok miliknya apabila anak perempuannya yang berusia 4 tahun dicucuk dengan menggunakan pensel sehingga mengakibatkan dalaman mata pecah.

Ujarnya, kanak-kanak dikenali Nur Raisya Hanina Abdullah memaklumkan bahawa rakan sekelas telah mencucuk matanya namun diberitahu oleh guru yang menjadi saksi kejadian tersebut berlaku.

“Saya faham kerja cikgu bukan senang. Tapi kenapa tak beritahu saya? Sedangkan dia nampak dan tahu situasi tersebut?”soalnya.

image is not available

Terpaksa buat laporan polis

Meskipun pihak pengurusan taska berkenaan yang terletak di Sungai Udang, Klang mengajak ibu bapa kanak-kanak terbabit berbincang, namun si suami tetap dengan keputusan untuk membuat laporan polis.

Bagaimanapun, pegawai polis yang bertugas mempersoalkan sama ada ibu atau bapa kanak-kanak terlibat berupaya untuk mengawasi dan menjaga ramai pelajar dalam satu masa.

Akan tetapi, ia tidak mematahkan semangatnya untuk menuntut keadilan buat si anak biarpun tidak mempunyai kewangan kukuh bagi mendapatkan khidmat guaman.

image is not available

Syukur ada insan sudi bantu

Dalam hantaran seterusnya, ibu kepada kanak-kanak berkenaan turut berkongsi beberapa foto sebelum dan selepas menjalani pembedahan pada bahagian mata anaknya.

Katanya, meskipun ia berlaku pada pertengahan bulan, namun merek bersyukur kerana urusan dipermudahkan dan terdapat insan berhati mulia sudi membantu meringan beban yang ditanggung.

“Tetap senyum sebab pertengahan bulan. Sedang fikir macam mana nak selesaikan pembayaran bil rawatan anak di hospital.
“Alhamdulillah, ada hamba Allah sudi membantu pada waktu ini,”luahnya.

image is not available

image is not available

image is not available

Susahnya jadi cikgu zaman sekarang..

Sementara itu, di ruangan komen terdapat segelintir netizen meluahkan rasa kasihan dengan nasib menimpa para guru zaman sekarang kerana berdepan dengan pelbagai dugaan, lebih-lebih lagi dengan kemajuan teknologi dan pendedahan media sosial sedia ada.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Sumber: TikTok @n.pikaa2