
Kisah seorang ibu yang pernah tular kerana sanggup menolak stroller anak autistik pada jam 3 pagi kini bertukar tragis.
Wanita itu bersama suami dan anaknya terlibat dalam kemalangan langgar lari di Kampung Selamat, Sungai Buloh pada pukul 2 pagi semalam berhampiran Stesen MRT Kampung Selamat.
Suami isteri kritikal akibat kemalangan

Lapor Kosmo!, wanita itu dan suaminya kini dalam keadaan kritikal sementara anak mereka hanya mengalami kecederaan ringan.
Susulan itu, keluarga mangsa menerusi hantaran di Facebook membuat rayuan agar saksi kejadian tampil membantu siasatan.

Sebelum ini, wanita tersebut pernah mencuri perhatian ramai apabila videonya menolak stroller bersama anak autistik pada jam 3 pagi demi membeli roti tular di TikTok.
Video itu memaparkan seorang pekerja p-hailing membantu wanita tersebut di jalan raya di Kuang, Selangor.
Kol 3 pagi tolak anak autism cari roti. Dah sampai kedai, roti yang anaknye nak takde. Gua ape agi start motor wat pacak gi cari roti kat 7e. Sian akak ni. Semoga dipermudahkan segala urusan akak #rider #grab #shopee #grabrider #shopeerider #fypage
Kini, keluarga mangsa amat berharap agar ada saksi yang sudi tampil untuk membantu mereka mendapatkan keadilan.
#OhmediaNasihat
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pihak berkuasa atau keluarga mangsa secepat mungkin. Didoakan semoga keluarga ini segera sembuh daripada kecederaan yang dialami.

Jap!
The post
appeared first on
.



