Ibu Tunggal Dan Teman Lelaki Maut Ditikam, Hasrat Bertunang Tidak Kesampaian

12 Sep 2025 • 5:53 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Hasrat seorang ibu tunggal untuk membina hidup baharu tidak kesampaian apabila dia maut bersama teman lelakinya, seorang peniaga telefon bimbit, selepas ditikam dalam kejadian di Taman Nona, Guar Chempedak, malam tadi.

Hasrat bertunang tidak kesampaian

Menurut laporan Kosmo!, mangsa Nurul Nur Syamira, 28, ibu kepada dua anak, difahamkam merancang untuk bertunang dengan teman lelakinya itu dalam masa terdekat.

image is not available

Foto: Kisah Dunia

Bapanya, Khamis Abdul Rahim, 55, berkata anak sulungnya pernah menyuarakan hasrat untuk berumah tangga semula selepas bercerai lebih setahun lalu.

“Saya merestui hubungan mereka kerana teman lelakinya seorang yang baik. Malah, dia pernah datang berjumpa saya untuk meminta izin berkawan dan bertunang dengan anak saya.

“Cuma saya minta perkahwinan ditangguhkan sehingga rumah di Selama, Perak siap. Kalau ikutkan, mereka memang mahu berkahwin secepat mungkin,” katanya.

image is not available

Foto: Kosmo!

Menurut Khamis, meskipun sudah berpisah dengan bekas suami, anaknya masih mengekalkan hubungan baik demi dua anak lelakinya yang masih kecil.

Dia turut kesal dengan perbuatan suspek yang sanggup menikam anaknya dan teman lelaki hingga meragut nyawa mereka.

image is not available

Foto: Kosmo!

“Saya harap pelaku segera ditangkap dan dijatuhkan hukuman berat. Saya tidak dapat membayangkan betapa kejamnya perbuatan itu,” ujarnya.

Sumber: Kosmo! (Norlida Akmar Idros, Othman Yahaya)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved