Ibu Wanna Ali Pula Bersuara Isu Anak Dikecam Muat Naik Foto Bersama Fattah Amin

LocalEntertainment
14 Sep 2024 • 12:43 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ibu Wanna Ali Fattah Amin

Semalam pelakon, Wanna Ali telah tampil memberi penjelasan selepas dirinya dikecam teruk apabila berkongsi foto dengan Fattah Amin ketika rumah tangga pelakon lelaki bersama isternya, Fazura dilanda badai.

Terbaru! Menurut laporan mStar, ibu yang juga merupakan penerbit, Ayu Puteh tampil mempertahankan anaknya dan menafikan dakwaan Wanna sengaja mencari publisiti dan kesempatan atas kemelut rumah tangga pasangan selebriti itu.

Menerusi Instagram Story, Ayu juga menyifatkan Wanna adalah seorang anak yang baik dan meminta netizen untuk tidak melontarkan kata-kata yang tidak baik.

Kalau tak suka pun janganlah sampai maki-maki anak orang tahap macam itu. Dia bukan penyondol atau tak sensitif dan bukannya mahu publisiti.

Jangan guna ayat-ayat seperti itu untuk tuduhan ini. Anak saya seorang yang pandai dan baik hati. Dia (Wanna) anak yang baik kepada saya. Jaga tulisan dan adab sebelum menulis komen.

Ibu kepada Wanna itu juga berkata yang anaknya itu hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pelakon drama itu dan lagipun hantaran itu telah dijadualkan.

Mohon ya netizen, masing-masing ada artis kesayangan. Wanna anak saya ini bukan sembarang nak berkongsi hantaran.

Promo itu semua sudah dijadualkan. Semua hanya kebetulan. Drama Lelaki Melayu Terakhir sedang ditayangkan di televisyen, dia hanya bekerja.

Pihak Wanna pun dah perjelaskan sebabnya jadi janganlah kita ‘hentam’ pelakon itu lagi ya.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved