
Kota Kinabalu: Ibu kepada Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamat, akan menjadi salah seorang saksi dalam prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian anaknya.
Peguam yang mengetuai pasukan undang-undang keluarga Zara, Hamid Ismail, memaklumkan perkara itu kepada media ketika ditanya mengenai saksi dalam prosiding berkenaan.
“Ibu Zara akan hadir di mahkamah sebagai saksi inkues. Kami juga akan dapat menyoal saksi sekiranya permohonan untuk menjadi pihak berkepentingan dalam prosiding inkues diluluskan.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Buat masa ini, status kami hanyalah sebagai pemerhati merangkap wakil undang-undang keluarga Zara,” katanya kepada pemberita selepas prosiding di mahkamah pada Isnin.
Hamid turut memaklumkan pasukannya akan memfailkan permohonan minggu ini untuk dimasukkan sebagai pihak berkepentingan serta meminta semua dokumen berkaitan diserahkan kepada mereka.
Menurutnya, mereka masih belum dimaklumkan jumlah saksi inkues, namun semua individu yang sebelum ini dipanggil polis akan turut dipanggil memberi keterangan.
“Antara individu yang dipanggil ialah pelajar dan guru,” jelasnya.
Ditanya mengenai ibu Zara, Hamid berkata Noraidah amat berpuas hati dengan jaminan Perdana Menteri bahawa tiada pihak akan terlepas daripada undang-undang.
Hamid menambah, Noraidah juga merayu kepada semua saksi, khususnya pelajar, supaya tidak takut tampil memberi keterangan.
