Ibu Zayn Rayyan Dipenjara Lima Tahun Kerana Abaikan Anak Autistik

LocalFamily & Parenting
31 Oct 2025 • 3:52 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Kes tragis melibatkan arwah Zayn Rayyan sekali lagi menarik perhatian ramai apabila ibunya, Ismanira Abdul Manaf, dijatuhi hukuman penjara lima tahun atas kesalahan mengabaikan anaknya yang menghidap autisme.

Hukuman diputuskan selepas hujahan mitigasi…

image is not available

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Dr Syahliza Warnoh selepas mahkamah menangguhkan prosiding seketika bagi membolehkan pihak pendakwaan dan pembelaan mengemukakan hujahan masing-masing sebelum hukuman dijatuhkan.

Ismanira, 30 tahun, didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen selepas gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan. Mahkamah mendapati wanita itu telah mengabaikan Zayn sehingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya dua tahun lalu.

Suami dilepas dan dibebaskan…

image is not available

Terdahulu, pada 21 Julai lalu, mahkamah memerintahkan Ismanira membela diri selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya. Namun, suaminya, Zaim Ikhwan Zahari, 30 tahun, dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan yang sama.

Kes ini sekali lagi membuka luka lama bagi rakyat Malaysia yang masih mengingati kehilangan tragis Zayn Rayyan, kanak-kanak autistik yang kisahnya pernah mengundang simpati seluruh negara.

Pssttt! Kes ini jadi peringatan untuk kita semua agar lebih peka terhadap anak-anak, terutama yang memerlukan perhatian khas seperti autistik. Kasih sayang dan tanggungjawab ibu bapa bukan sekadar memberi makan dan pakaian, tapi memastikan mereka selamat, dijaga dan disayangi sepenuhnya.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Ibu Zayn Rayyan Dipenjara Lima Tahun Kerana Abaikan Anak Autistik appeared first on Oh! Media.
View Original Article