Ibubapa reda remaja meninggal selepas 'tiga rawatan di Hospital Tuaran'

3 Jan 2024 • 5:48 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Tuaran: Ibu kepada remaja yang meninggal dunia akibat demam denggi berdarah di Hospital Queen Elizabeth baru-baru ini, reda dengan pemergian anaknya namun mengharapkan ia menjadi iktibar dan pengajaran untuk semua pihak.

Lily Pius, 40, berkata, kehilangan anak kedua daripada enam beradik itu, sangat dirasai mereka sekeluarga namun beliau akur dengan ketentuan yang Maha Esa.

"Mendiang Aidil merupakan anak yang baik dan sentiasa mendengar cakap orang tua serta merupakan seorang yang sangat disenangi oleh adik-beradik dan rakan-rakannya," katanya ketika ditemui Harian Ekspres di kediamannya di Kampung Bulieng, di sini, Selasa lalu.

Terdahulu, tular di media sosial apabila kenyataan melalui facebook rasmi Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau dimuat naik berhubung kisah mendiang Aidil yang mencuri perhatian netizen dan media tempatan.

SPONSORED CONTENT Sabah International Convention Centre’s Big Sabah Sale a big hit Kota Kinabalu: The Sabah International Convention Centre’s (SICC) Big Sabah Sale which concluded on Sunday saw a good response with about 20,000 visitors during the three-day extravaganza. . Read more Dalam video yang berdurasi empat minit 51 saat itu, Madius menceritakan kisah remaja malang berkenaan yang dihantar mendapatkan rawatan di Hospital Tuaran sebanyak tiga kali namun hanya diberikan panadol, ubat pecah kahak dan pam asma serta suntikan anti mual.

Remaja itu hanya ditahan pada kali ketiga apabila gusinya mengalami pendarahan dan disahkan menghidap denggi berdarah sebelum dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth I disebabkan keadaan masalah kesihatan mendiang yang semakin kritikal.

* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.