iCAUR 03 Kini Dipasang Secara Tempatan Di Malaysia

LocalCars
20 May 2026 • 2:14 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

iCAUR 03 Kini Dipasang Secara Tempatan Di Malaysia

iCAUR 03 Kini Dipasang Secara Tempatan Di Malaysia

iCAUR Malaysia meneruskan perjalanan Born To Play dengan bermulanya pemasangan tempatan iCAUR 03, menandakan fasa pertumbuhan seterusnya buat jenama itu dalam pasaran Kenderaan Tenaga Baharu atau New Energy Vehicle (NEV) di Malaysia.

Selepas pengenalan model Completely Built-Up (CBU) pada September 2025, iCAUR 03 dengan pantas membina tempat dalam kalangan pembeli kenderaan elektrik atau electric vehicle (EV) di Malaysia yang mahukan sesuatu di luar kebiasaan sebuah kenderaan utiliti sukan atau sport utility vehicle (SUV) elektrik konvensional.

Dengan rekaan Boxy Retro Classic, gaya berinspirasikan off-road dan prestasi elektrik pintar, iCAUR 03 tampil dengan identiti tersendiri iaitu berani, berkebolehan dan dibina untuk pemandu yang mahukan lebih karakter dalam pemanduan harian.

Image from: iCAUR 03 Kini Dipasang Secara Tempatan Di Malaysia

Encik Francis Chin, Pengarah Kanan iCAUR Malaysia, berkata, “iCAUR 03 berjaya menarik perhatian pemandu Malaysia kerana ia membawa sesuatu yang berbeza dalam ruang kenderaan elektrik. Ia ekspresif, berkebolehan dan jelas membawa identiti iCAUR.”

“Peralihan kepada pemasangan tempatan merupakan langkah penting buat kami. Ia menggabungkan kebanggaan tempatan dengan teknologi global, sambil membolehkan kami memenuhi permintaan yang semakin meningkat tanpa mengubah apa yang pelanggan sedia gemari tentang iCAUR 03. Unit dipasang tempatan ini mengekalkan 100% spesifikasi bertaraf tinggi, standard kejuruteraan dan karakter Born To Play seperti yang dinikmati pelanggan menerusi model CBU,” katanya.

Sambutan itu sudah dapat dilihat di atas jalan raya. Pada April 2026 sahaja, iCAUR merekodkan 547 unit berdaftar merentasi barisan modelnya, menandakan minat pasaran yang semakin meningkat terhadap NEV yang menggabungkan rekaan Boxy Retro yang menonjol, teknologi pintar dan kegunaan harian yang praktikal.

Image from: iCAUR 03 Kini Dipasang Secara Tempatan Di Malaysia

Minat yang semakin berkembang ini juga hadir ketika lebih ramai rakyat Malaysia menilai kos penggunaan jangka panjang susulan ketidaktentuan harga bahan api, menjadikan pemilikan EV pilihan yang semakin relevan bagi pemandu yang mencari mobiliti lebih pintar dan mampan.

Pemasangan tempatan iCAUR 03 telah bermula pada suku kedua 2026 menerusi pemasangan secara Completely Knocked Down (CKD) di kilang Chery Corporate Malaysia di Shah Alam, dengan memanfaatkan keupayaan pembuatan fasiliti tersebut serta memperkukuh komitmen iCAUR Malaysia terhadap ekosistem automotif negara yang terus berkembang. Kumpulan pertama unit CKD dijangka tiba di rangkaian pengedar iCAUR seluruh negara menjelang akhir Mei 2026.

iCAUR 03 CKD akan ditawarkan dalam varian Intelligent Wheel Drive (iWD) tanpa sebarang perubahan terhadap spesifikasi yang diperkenalkan ketika pelancaran. 

Bagi pemandu yang mahukan lebih cengkaman dan keyakinan, iCAUR 03 iWD hadir dengan tetapan dwi-motor yang menghasilkan 205 kW, bersamaan 279 PS, dan 385 Nm tork. Varian ini juga dilengkapi bateri 69.8 kWh, dengan jarak perjalanan sehingga 418 km mengikut penarafan NEDC.

Image from: iCAUR 03 Kini Dipasang Secara Tempatan Di Malaysia

iCAUR 03 iWD menyokong pengecasan pantas Direct Current (DC) 80 kW dan pengecasan Alternating Current (AC) 6.6 kW, selain sistem Vehicle-to-Load (V2L) 3.2 kW yang membolehkan pemilik menyalurkan kuasa daripada kenderaan kepada peranti elektronik dan perkakas elektrik yang serasi.

Teras kepada iCAUR 03 ialah bahasa reka bentuk Boxy Retro Classic, yang dibentuk oleh falsafah rekaan i-BOX jenama tersebut dan ditakrifkan melalui siluet berkotak yang menjadi tanda khasnya, permukaan bersudut, pencahayaan Light Emitting Diode (LED) dinamik serta pendirian SUV yang tegap. Penampilan klasik ini menjadi antara ciri visual paling tersendiri bagi model tersebut, menarik perhatian rakyat Malaysia yang mahukan sebuah EV yang moden tetapi tidak hilang personaliti.

Dibina untuk pemanduan bandar dan juga perjalanan hujung minggu, iCAUR 03 mengekalkan ciri utama prestasi, keselamatan dan kokpit pintar yang diperkenalkan ketika pelancarannya. Ini termasuk teknologi bantuan pemandu termaju, kabin digital yang intuitif, perlindungan bateri yang kukuh serta perkadaran badan yang bersedia untuk kembara, sekali gus menyokong karakter SUV lasaknya.

Image from: iCAUR 03 Kini Dipasang Secara Tempatan Di Malaysia

iCAUR 03 pemasangan tempatan berharga daripada RM 129,880 bagi varian iWD (Harga atas jalan tanpa insuran, Semenanjung Malaysia). Menambah lagi daya tarikannya, iCAUR 03 turut ditawarkan dengan pakej yang merangkumi Pengecas Rumah AC 7kW dan servis berjadual percuma selama dua tahun atau 45,000 km, yang mana terdahulu.

Dengan kumpulan pertama unit CKD bakal tiba tidak lama lagi, pelanggan digalakkan untuk mengunjungi mana-mana pengedar iCAUR di seluruh negara bagi merasai sendiri iCAUR 03, menempah sesi pandu uji dan mendapatkan tempat sebagai antara pemilik pertama unit pemasangan tempatan ini.

Image from: iCAUR 03 Kini Dipasang Secara Tempatan Di Malaysia

“iCAUR 03 hanyalah permulaan kepada apa yang mahu kami bina di Malaysia,” kata Encik Daniel Lai, Pengarah Pemasaran iCAUR Malaysia. “Fokus kami adalah untuk terus memperkenalkan NEV yang bergaya, pintar dan penuh karakter, iaitu kenderaan yang mencerminkan cara orang ramai hidup, bergerak dan mengekspresikan diri hari ini.”

Seiring usaha iCAUR Malaysia memperkukuh kehadiran tempatan, jenama ini kekal fokus terhadap strategi jangka panjangnya untuk memperkenalkan barisan NEV yang lebih pelbagai, bergaya dan mampan, dengan keutamaan kepada rekaan Boxy Retro Classic, teknologi pintar dan semangat Born To Play sekali gus memberi pengguna Malaysia lebih banyak pilihan yang ekspresif seiring perkembangan landskap mobiliti elektrik negara.