iCaur Malaysia Bakal Perluas Cawangan Pusat Jualan & Servis, CKD Mula 2026

LocalCars
11 Sep 2025 • 12:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Selepas pelancaran rasmi iCaur 03, SUV elektrik ranggi dari subjenama baharu Chery baru-baru ini, iCaur Malaysia kini menumpukan usaha untuk merangka pengembangan rangkaian jualan dan servis di negara ini yang merupakan pasaran global pertama ditembusi iCaur.

CKD Mula Pada Januari 2026

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Di majlis pelancaran SUV iCaur 03, model yang ditawarkan pada harga permulaan RM119,800 ini diumumkan akan mula dipasang di secara tempatan (CKD) bermula Januari 2026 memandangkan cukai bagi kenderaan elektrik import sepenuhnya (CBU) bakal tamat tahun ini.

Pemasangan model ini akan dibuat di kilang Chery Corporate Malaysia, Shah Alam yang turut mengeluarkan model di bawah subjenama Chery yang lain, Omoda | Jaecoo Malaysia.

image is not availableimage is not available

Pemasangan secara CKD membolehkan model ini ditawarkan di pasaran pada harga yang kompetitif selain dapat mempercepatkan masa penghantaran kepada pelanggan.

Jaringan Jualan & Servis Akan Diperluas

image is not available

Di majlis pelancaran tersebut, Naib Presiden Omoda | Jaecoo Malaysia, Emily Lek, turut mengumumkan rancangan membuka 18 bilik pameran dan 9 pusat servis iCaur di seluruh negara menjelang akhir September 2025. Pembukaan cawangan di Sabah dan Sarawak juga dijadualkan akan dimulakan dalam suku keempat tahun ini.

image is not availableimage is not available

Pengembangan rangkaian tempatan dan rancangan pemasangan CKD ini diharapkan dapat memberikan pengalaman lebih lancar kepada pemilik iCaur serta meningkatkan keyakinan pengguna terhadap jenama ini di Malaysia.

image is not available